Sejumlah 16 ahli UMNO dari lima negeri yang memfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan parti keramat Melayu itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam dipecat berkuat kuasa hari ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan itu dibuat mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO iaitu mana-mana ahli yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah akan hilang keahlian secara automatik.
Menurutnya, pemecatan itu turut dibuat mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan yang tidak membenarkan apa juga perkara parti sama ada hal ehwal pengurusan, kewangan dan yang berkaitan dengan pentadbiran dibawa ke mahkamah.
"Kita tahu ada dalang terlibat dalam perkara ini. Bagaimanapun, kita sudah bersedia untuk apa jua kemungkinan.
"Dalang di sebalik perkara ini adalah orang luar (pembangkang). Mereka tahu mereka lemah dan akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sebab itu mereka guna pelbagai cara untuk menidakkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak keluarkan watikah calon.
"Saya ingin memaklumkan tiada masalah bagi Pengerusi BN untuk menandatangani watikah untuk calon," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tempat letak kereta bertingkat, Fasa 4B, Presint 8 di sini pagi ini.
Tambah Tengku Adnan, setiap ahli UMNO perlu tahu mereka tidak boleh membawa masalah hal ehwal parti ke mahkamah.
Kata beliau, pihaknya bertindak mengikut peraturan dan meminta penanggguhan pemilihan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan diberikan kelulusan.
Semalam, 16 ahli UMNO memfailkan semakan kehakiman bagi memohon parti itu dibubarkan atas dakwaan gagal mengadakan pemilihan parti sejak 2013.
Dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan tiga minggu menjelang PRU14, kumpulan itu mendakwa kelulusan RoS untuk UMNO menangguhkan pemilihannya ke tahun depan melanggar Perlembagaan parti itu.
Pada 5 Mac lalu, RoS dalam kenyataan mengesahkan permohonan UMNO menangguhkan pemilihan peringkat majlis tertinggi untuk 2017, diluluskan
RoS memaklumkan, kelulusan itu selaras peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17 yang memperuntukkan penangguhan pemilihan peringkat majlis tertinggi, bahagian dan cawangan, tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan sepatutnya diadakan.
Astro Awani
Sat Apr 21 2018
Tengku Adnan bersama Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail (empat, kiri) melihat pelan lakaran tapak projek pada majlis pecah tanah parkir kereta bertingkat fasa 4B, Presint 8, Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.
Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.
Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.
Kerajaan akan mohon larang semua pihak bersuara isu Titah Adendum Najib
Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili kerajaan berkata, permohonan dibuat kerana kes tersebut menyentuh isu sensitif.
Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.