Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.
"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini hari ini.
Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.
Katanya kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.
Abdul Hadi berkata alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.
"Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.
"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," tegasnya.
Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkata mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi".
Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi pejuangan untuk rakyat.
Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.
"Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),' katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.
Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.
Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15). -- Bernama
Bernama
Fri Jul 25 2014
HADI: Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat - Gambar Fail
Sabah Electricity sasar pertambahan rizab margin tenaga elektrik
Sabah Electricity menyasarkan pertambahan rizab margin tenaga elektrik di negeri itu sebanyak 20 peratus atau 100 Megawatt melalui Projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS).
Kerajaan Sarawak pertimbang peserta wajib pakai jaket keselamatan untuk regata
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ketika ini klausa bagi mewajibkan pemakaian jaket keselamatan tidak termaktub dalam penganjuran Regata Sarawak namun perserta digalakkan untuk berbuat demikian.
Kerajaan persekutuan beri sokongan padu jayakan inisiatif EkonomI Biru Sabah
Kerajaan persekutuan akan memberi kerjasama dan sokongan padu kepada inisiatif Ekonomi Biru yang sedang dilaksanakan Sabah bagi meneroka dan memanfaatkan sumber kekayaan laut di negeri itu.
Betulkan laporan, atau berdepan tindakan - Madius
Pengerusi Sabah Electricity, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau akan mengambil tindakan terhadap sebuah portal yang mendakwa dirinya berkemungkinan menerima rasuah daripada sebuah syarikat dalam urusan berkaitan Projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) di Sabah.
Ahli perniagaan ditahan SPRM, kemuka tuntutan palsu RM45,000
Seorang ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembekalan bahan mentah bagi penyelenggaraan dan pembaikan sekolah bernilai RM45,000.
PM Ethiopia lawat kilang Proton
Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali hari ini melawat kilang Proton sebagai sebahagian daripada acara dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Ribut landa Puncak Alam, kereta rosak dihempap papan tanda
Deretan kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir di pekarangan sebuah pasar raya di Puncak Alam rosak dihempap papan tanda ketika ribut dan hujan lebat pada Jumaat.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
JAIM, MPAG serbu pusat perubatan alternatif
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu sebuah pusat perubatan tradisional di Masjid Tanah semalam, dipercayai susulan fatwa sesat terhadap kaedah rawatan yang digunakan pusat itu.
5 maut kemalangan kereta, lori di Jalan Gua Musang-Lojing
Lima maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta dan lori di Jalan Gua Musang-Lojing di Tanah Tinggi Lojing, di sini, hari ini.
'Kes saman Abdul Khalid dan Saifuddin selesai luar mahkamah' - Rafizi
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersetuju menyelesaikan kes saman mereka di luar mahkamah.
Saman fitnah: Khir Toyo mohon maaf kepada Abdul Khalid
Kes saman membabitkan dua bekas Menteri Besar Selangor selesai secara baik hari ini selepas Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini.
Anwar, hidup kita ini macam roda - Bung Mokhtar
Kegagalan Anwar menghadiri sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13 pada Isnin membuktikan nasib seseorang individu yang tidak semestinya sentiasa di puncak.
Khalid sedia disiasat isu bayaran RM2.6 juta kepada bekas staf PMB
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalu-alukan siasatan ke atasnya berhubung isu wang pampasan RM2.6 juta yang diagihkan kepada lapan bekas kakitangan PMB.
Khalid Ibrahim akan jumpa Majlis Dewan Diraja Selangor Isnin
Abdul Khalid dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga mesyuarat dengan Majlis tersebut selesai.
BN ada peluang kalau Khalid bubar DUN - Noh
BN dilihat mempunyai peluang untuk menakluk semula negeri selangor seandainya krisis pertukaran menteri besar berlarutan sehingga berlaku pembubaran DUN.
Isu MB Selangor: Akar umbi KEADILAN sokong Wan Azizah jadi MB
Ketua-Ketua Cabang KEADILAN Selangor serta anggota-anggotanya mengumumkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Isu MB Selangor: Bubar DUN hanya rugi duit kerajaan - Syed Ali
Keputusan meminta semula mandat rakyat Negeri Selangor dengan tindakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat hanya merugikan masa dan kewangan kerajaan.
Perlantikan MB perlu patuhi undang-undang tubuh kerajaan negeri - Abdul Khalid
MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.
Abdul Khalid dijangka 'turun' lepas raya, paling lewat September
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan tetap akan melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini atau selewat-lewatnya September depan.