Ada 'tokoh tertentu' dari kalangan parti pemerintah yang ingin menggulingkan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Saya tidak mahu mendedahkannya tetapi saya sudah dapat mencium perkara ini.
"Tokoh ini mengharapkan sokongan daripada 87 ahli parlimen Pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas untuk menjatuhkan Kerajaan menggunakan pintu belakang," katanya yang juga Naib Presiden UMNO.
Kenyataan itu dibuat ketika ucapan perasmiannya di mesyuarat tahunan UMNO Bahagian Ampang hari ini.
Zahid turut melahirkan rasa hairan kerana 'tokoh' yang mengetuai komplot ini adalah dari parti UMNO sendiri.
Tambahnya, beliau mendapat maklumat itu dari sumber yang 'boleh dipercayai'.
"Walau bagaimanapun, sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebagai Menteri Dalam Negeri, saya tidak akan biarkan perkara ini (kerajaan digulingkan) berlaku," kata Zahid.
Beliau turut percaya cubaan itu tidak akan mendapat sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyeru seluruh anggota UMNO Selangor dan parti komponen BN negeri bekerjasama merancang strategi untuk merampas kembali negeri itu daripada pembangkang.
"Bangkitlah UMNO Selangor. Lupakan titik bengik. Pemimpin harus turun ke bawah, jangan tebuk kapal yang dilanda badai, sebaliknya pegang layar, tali, sauh dan dayung bersama.
"Kita tidak mahu apabila kapal dilanggar, ahlinya tebuk kapal itu," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar dalam ucapannya mewakili 22 Bahagian UMNO Selangor menyatakan taat setia kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya Ahmad Zahid.
"Semua anggota UMNO harus bersatu-padu agar UMNO terus mendapat sokongan rakyat. UMNO Selangor berazam untuk berusaha keras menawan Selangor. Kita bukan susah untuk menang, cuma kena jaga kawasan masing-masing untuk mendapat balik Selangor," katanya.
Hafiz Marzukhi
Sat Aug 15 2015

AHMAD ZAHID: Tokoh ini mengharapkan sokongan daripada 87 ahli parlimen pembangkang. - Foto Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.