KENYATAAN baru-baru ini oleh Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa tiada perjanjian rasmi dibuat untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun bukan sahaja mengejutkan penyokong tegar Anwar malah dijangka mengundang Pakatan Harapan (PH) untuk terjunam dalam krisis politik.
Sekiranya krisis berpunca dari proses mengambil alih jawatan perdana menteri oleh Anwar tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat, maka rakyat Malaysia akan menyaksikan berlakunya pilihan raya mengejut atau snap election PRU ke-15 yang lebih awal.
Memandangkan jumlah kerusi Parlimen PH adalah 129 berbanding pembangkang 83, PH yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada zahirnya kelihatan kuat dan teguh, tetapi konflik dalaman antara parti-parti gabungan PH untuk menguasai kerajaan, khususnya tampuk pentadbiran kerajaan pusat masih menjadi rebutan antara parti-parti PH yang menang kerusi terbanyak di Parlimen pada PRU ke-14.
Baru-baru ini, media sosial menguar-uar kononya DAP yang memiliki 42 kerusi Parlimen menekan Dr Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar, pemimpin PKR yang memiliki 50 kerusi Parlimen seperti dipersetujui kepimpinan PH apabila mereka memenangi PRU ke-14 dan membentuk kerajaan pusat.
Dengan itu, jawatan perdana menteri yang disandang oleh Bersatu yang menguasai hanya 26 kerusi Parlimen kini menjadi tanda tanya malah rebutan antara Bersatu dan PKR.
Manakala, lain-lain parti PH seperti Amanah yang menguasai 11 kerusi dan Warisan di Sabah yang menguasai sembilan kerusi Parlimen dikesan memberi sokongan kepada Dr Mahathir.
Taburan jumlah kerusi Parlimen tersebut menimbulkan spekulasi kononnya PH kini menghadapi cabaran untuk mempertahankan jawatan perdana menteri.
Gabungan parti di dalam PH juga dilihat kurang stabil malah dijangka pecah pada bila-bila masa sahaja.
Pada masa yang sama, barisan pembangkang yang terdiri daripada 83 kerusi Parlimen termasuk UMNO (37), PAS (18), Gabungan Parti Sarawak (18), Gabungan Bersatu Sabah (4) dan Bebas (3), MIC (1) dan MCA (1) kelihatan lebih stabil malah lebih bersemangat untuk menyerang PH.
Semangat BN
Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO nampak letih dan lesu selepas kalah teruk pada PRU ke-14, namun kini kelihatan pulih semangatnya untuk meneruskan perjuangan menentang PH bersama Pas dan lain-lain parti komponan BN, seperti MIC dan MCA.
Semangat untuk terus berjuang lebih nyata dan terserlah apabila Jawatankuasa Tertinggi BN melantik Datuk Seri Najib Abdul Razak, bekas perdana menteri sebagai Pengerusi Majlis Penasihat BN.
Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan bahawa sentimen kecewa terhadap prestasi kerajaan dan menteri-menteri PH jelas kelihatan di kalangan rakyat merentasi kaum.
Malah rakyat pelbagai kaum kini merasa gelisah dan bimbang terhadap masa depan mereka kerana ketidaktentuan politik dan ekonomi negara yang kian merosot.
Petunjuk-petunjuk ekonomi negara menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi negara amat lembab dan perlahan.
KDNK negara pula diunjurkan tumbuh di antara 3.8 sehingga 4.2 peratus, nilai mata wang Malaysia kian menyusut berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS).
Penyusutan nilai ringgit menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat kerana kuasa beli mereka kian merosot.
Hutang rasmi negara semasa pula didakwa meningkat sehingga RM800.8 bilion berbanding RM 686.8 bilion di bawah pentadbiran kerajaan sebelumnya.
Malah, kerajaan hari ini dilaporkan telah meminjam RM77.8 bilion sedangkan aset-aset negara dijual kononnya untuk menampung pembayaran hutang negara.
Meskipun kerajaan PH mendakwa kedudukan kewangan negara sudah pulih dengan pengurusan yang cekap, hutang negara dilaporkan meningkat mendadak iaitu hampir RM100 bilion sejak PH mengambil alih pentadbiran negara.
Kedudukan ekonomi dan politik semasa yang tidak menentu dijangka memberi kesan kepada pemikiran politik sebahagian besar rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu dan India.
Rakyat tertekan
Sebahagian besar orang Melayu dan India yang masih terdiri daripada golongan B40 merasa tertekan dengan pelbagai masalah terutamanya pengangguran dan kenaikan kos sara hidup kesan kenaikan harga barangan keperluan harian.
Sebahagian besar rakyat, orang India dan Melayu yang menyokong PH pada PRU ke-14 lalu dengan harapan harga barang serta kos sara hidup akan dikurangkan sekiranya PH membentuk kerajaan.
Tetapi, harapan mereka hanya tinggal harapan semata-mata kerana PH gagal menunaikan janji-janji politik mereka termasuk membendung gejala kenaikan harga barang.
Dalam pada itu, sebahagian besar orang Melayu bimbang kuasa politik yang ada pada mereka terlepas daripada genggaman mereka.
Kebimbangan hilang kuasa politik, iaitu kuasa yang diwarisi turun temurun, didapati mendorong dan mendesak orang Melayu bersatu dan bermuafakat, tanpa mengira berbezaan ideologi politik untuk mempertahankan kuasa politik mereka.
Persoalannya, apakah kerajaan PH akan dapat mengatasi sentimen kekecewaan yang timbul di kalangan rakyat?
Apakah kerajaan PH mampu mengatasi kebangkitan orang Melayu yang diterajui UMNO - Pas dan disokong MIC dan MCA?
Atau, apakah PH akan berkecai dan tenggalam pada masa yang terdekat di dalam arus gelombang sentimen menolak PH yang membara di kalangan orang Melayu?
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Wed Jul 17 2019
Kedudukan ekonomi dan politik semasa yang ketidaktentuan dijangka memberi kesan kepada pemikiran politik sebahagian besar rakyat Malaysia. - Bernama
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.