Khabar angin bertiup kencang di Perak yang masih belum menubuhkan kerajaan sehingga kini apabila dikatakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) akan keluar parti.
Individu tersebut dikatakan akan menyokong Pakatan Harapan sekaligus menggenapkan jumlah kerusi majoriti mudah, 30 kerusi yang diperlukan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan negeri Perak.
Astro AWANI cuba menghubungi individu tersebut untuk mendaptkan penjelasan dan pengesahan, namun gagal.
Beliau dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan salah seorang pemimpin utama Pakatan Harapan Perak.
Selain itu, bapanya juga pernah menjadi orang kanan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, bapanya tidak mengumumkan penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara terbuka sehingga kini.
Pada petang Jumaat, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini memaklumkan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah meminta supaya kedua-dia pihak, BN dan Pakatan Harapan membawa majoriti ADUN sebagai bukti sokongan dalam membentuk kerajaan negeri.
Pemimpin BN dikatakan akan menghadap Sultan Nazrin pada sebelah pagi di Istana Kinta di sini sementara pemimpin Pakatan Harapan meminta supaya diberikan masa sehingga 2 petang, Sabtu.
BN yang kini memiliki 27 kerusi DUN memerlukan tiga lagi kerusi sementara Pakatan Harapan yang kini memiliki 29 kerusi hanya memerlukan satu sahaja lagi ADUN menyokong.
Harits Asyraf Hasnan
Fri May 11 2018
BN yang kini memiliki 27 kerusi DUN memerlukan tiga lagi kerusi sementara Pakatan Harapan yang kini memiliki 29 kerusi hanya memerlukan satu sahaja lagi ADUN menyokong.
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung paus, kata saintis
Sekumpulan paus pembunuh atau Orca di perairan Mexico mungkin mengembangkan teknik pemburuan baharu untuk memburu jerung paus, ikan terbesar di dunia.
Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi
Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di PPS adalah seramai 106,505 orang.
Kenya seru negara Afrika terima zon ekonomi khas untuk pacu pertumbuhan
Presiden Kenya William Ruto pada Khamis menyeru negara-negara Afrika untuk mengintegrasikan zon ekonomi khas (ZEK) dalam strategi transformasi benua bagi memacu pertumbuhan, lapor Xinhua.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Tumpuan Sabtu – 30 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MADA pantau kenaikan paras sungai utama, elak kesan buruk di kawasan MUDA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengambil beberapa tindakan awal berikutan hujan berterusan di kawasan Muda bermula sejak Selasa lepas.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
Consider This: The Myanmar Crisis (Part 2) — Malaysia’s Priorities as ASEAN Chair
As Malaysia takes the helm of ASEAN in 2025, the Myanmar crisis will become a defining challenge for Malaysia’s chairmanship. The 5-Point Consensus has seen little success since its inception in 2021. With the humanitarian situation worsening and political dialogue at a standstill, many are questioning whether ASEAN’s traditional approach has run its course. Can Malaysia’s chairmanship deliver new solutions? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Emeritus Johan Saravanamuttu, Adjunct Professor at Universiti Malaya’s Asia Europe Institute.
Annuar Zaini pengerusi baharu UDA
UDA Holdings Berhad (UDA) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd Annuar Zaini sebagai pengerusi baharunya menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim, berkuat kuasa hari ini.
Lima lagi Exco Perak angkat sumpah petang ini - Annuar Zaini
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini pada Selasa.
Sultan Perak hanya akan lantik MB selepas yakin ada majoriti mudah - Annuar Zaini
Sultan Perak akan melantik Menteri Besar baharu hanya dibuat selepas baginda yakin seseorang ADUN itu mempunyai sokongan majoriti mudah.
Sultan Perak gesa pemimpin politik Perak cari formula terbaik - Annuar Zaini
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata bukan tanggungjawab Sultan Nazrin untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.
ADUN BN Perak keluar parti, akan sokong Pakatan Harapan?
Khabar angin bertiup kencang di Perak yang masih belum menubuhkan kerajaan sehingga kini apabila dikatakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) akan keluar parti.