Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Perkara tersebut diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Gerakan BN di sini hari ini.
Beliau yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar merupakan antara tujuh nama yang dikemukakan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam ucapan Ahmad Zahid ketika mengumumkan calon, beliau berkata calon yang dipilih Najib adalah anak tempatan yang boleh meneruskan kesinambungan BN di Sungai Besar.
"Tetapi yakinlah, bahawa yang terpilih ini, yang akan saya umumkan ini, kalau saya yakin dia disokong oleh kita semua, berjanjilah, kita ketepikan perbedaan antara kita.
"Janji? Janji? Janji? Ketepikan jika ada rasa kecil hati dan sebagainya kerana terlalu ramai yang layak jadi calon. Datuk Noh telah mengemukakan tujuh nama," kata Zahid.
Budiman, 44, adalah anak tempatan yang berasal dari Kampung Sungai Limau di Sungai Besar, dan juga Setiausaha ADUN BN Selangor.
Beliau, yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkahwin dengan Norma Aida Abdullah dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur 16 tahun.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013, Budiman menang kerusi DUN Sungai Panjang selepas menewaskan Mohd Fadzin Taslimin daripada PAS dengan majoriti 2,183 undi.
Seramai 42,655 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 42,365 pengundi biasa, 286 pengundi awal dan 4 pemilih tidak hadir luar negara layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK Parlimen Sungai Besar.
Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga merupakan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK dijalankan serentak pada 18 Jun nanti.
Harits Asyraf Hasnan
Fri May 27 2016
Budiman yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar merupakan antara tujuh nama yang dikemukakan. - Foto Bernama
Tanah jerlus Masjid India: Operasi cari mangsa di IWK Pantai Dalam diteruskan dengan bantuan pakar
Pakar dalam SAR membabitkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Threads uji ciri perkongsian yang hilang selepas 24 jam
Ia turut akan memadam pelbagai balasan dan komen yang diterima sesuatu perkongsian membuatkan semua interaksi turut hilang selepas tamat tempoh perkongsian asal.
Ringgit dibuka kukuh pada 4.35 berbanding dolar AS
Ringgit dibuka kukuh pada 4.35 berbanding dolar AS, mencecah hampir paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan.
Cabaran pelaburan Pusat Data di Malaysia: Implikasi terhadap bekalan elektrik
Pelaburan besar dalam pusat data di Malaysia mungkin memberi tekanan kepada bekalan elektrik dan air di negeri-negeri perindustrian seperti Selangor dan Johor. Ko Chuan Zhen, CEO Plus Xnergy, membincangkan bagaimana permintaan tenaga dari pusat data dan langkah-langkah kelestarian boleh mempengaruhi masa depan tenaga negara.
Kencing Tikus: Taman Eko Rimba Sungai Tekala ditutup sementara
Taman Eko Rimba Sungai Tekala, Semenyih ditutup sementara selama lima hari bermula hari ini hingga 30 Ogos.
Tun M hadir hadir ke mahkamah kes saman Zahid isu kutty
Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang memakai kot berwarna hitam, turut ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Manfaat peralihan perdagangan global, adakah ini akan memacu imbangan dagangan Malaysia?
Prestasi eksport Malaysia yang kukuh pada bulan Julai mencerminkan bahawa negara ini sedang menikmati manfaat daripada pengalihan perdagangan global, Menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC). Adakah manfaat ini akan diterjemahkan kepada peningkatan imbangan dagangan negara?
Suspek kes bunuh isteri, dua anak disambung reman tujuh hari lagi
Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nur Syifa Mohd Hamzah di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini.
Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR buka lurang di Wisma Yakin
Anggota JBPM dan APM melakukan proses tersebut sekitar pukul 9.45 pagi, dengan jarak dari lokasi kejadian kira-kira 50 meter.
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
ADUN Bersatu lantang bersuara bukti PH lemah - ADUN Sungai Panjang
Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, kenyataan Mohd Shaid itu membuktikan PH tidak sehaluan dalam banyak perkara.
Pemuda UMNO disaran timbang semula gesaan presiden bercuti
Pemuda UMNO diharap mempertimbangkan semula gesaannya agar presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti buat seketika daripada menjalankan tugas sehingga kesnya di mahkamah selesai.
Azmin pilih berdiam diri, bersikap hipokrit dalam isu hina institusi Raja - Budiman
ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata telah meminta penjelasan daripada Mohamed Azmin, namun menurutnya beliau memilih untuk 'bersikap hipokrit.'
ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dinamakan calon BN PRK Sungai Besar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.