Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun, baginda telah berkenan untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
"Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan kabinet dibentuk,' kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.
Dr Mahathir pada pukul 1 tengah hari Isnin telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh kepada Yang di-Pertuan Agong.
BACA: Tun Mahathir letak jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu
Perkembangan itu mengundang pelbagai tanda tanya dan spekulasi berhubung pertukaran pakatan.
Susulan perkembangan yang mengejutkan itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di sebelah pagi telah merayu kepada Perdana Menteri untuk tidak melepaskan jawatannya.
BACA: "Saya rayu Dr Mahathir jangan letak jawatan" - Anwar
Selain pengumuman peletakan jawatan oleh Dr Mahathir, perkembangan lain yang turut berlaku hari ini ialah keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan.
BACA: Bersatu umum keluar Pakatan Harapan
Serentak keputusan Bersatu untuk tidak bersama gagasan itu, Dr Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi parti berkenaan.
Dalam masa sama, Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengumumkan pemecatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.
BACA: Azmin, Zuraida dipecat dari PKR berkuat kuasa serta-merta
Astro Awani
Mon Feb 24 2020

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Semua Ahli Parlimen kecuali Tun M dititah menghadap Agong hari ini dan esok
Kesemua Ahli Parlimen kecuali Dr Mahathir dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah bermula hari ini dan esok.

Pelantikan interim tidak sesuai ketika ini - Penganalisis
Menurut Penganalisis Politik, Prof Dr Hamidin Hamid, bagi memastikan krisis seumpamanya tidak belanjutan, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa menjelaskan percaturan yang sebenar.

Agong terima peletakan jawatan Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.