Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Kerusi ini ditandingi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mewakili Barisan Nasional (BN) bakal menentang Mohd Sabri Omar mewakili PAS dan IR Zamri Yusuf Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ahmad Bashah yang dahulunya bertanding di DUN Bakar Bata kini bertukar setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan persempadanan semula sebelum PRU14.
Sementara itu, di Parlimen Alor Setar calon muka baharu BN, Datuk Yoo Wei How yang bakal berdepan saingan tiga penjuru daripada calon PKR, Chang Ming Kai dan Pas, Muhammad Aminur Shafiq Mohamad Abduh.
Manakala DUN Kota Darulaman pula menyaksikan pertembungan empat penjuru apabila, calon muka baharu BN, Tan Eng Hwa menghadapi calon Pas, Zulkifli Che Haron, calon PKR, Teh Swee Leong dan Tan Kang Yap (PRM).
Pertarungan tiga perjuru berlaku di Alor Mengkudu dengan penyandangnya, Ahmad Yahaya ditentang calon BN, Abdul Malik Saad yang juga calon muka baharu BN dan calon PKR, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.
Proses penamaan calon bagi Parlimen Alor Setar berjalan lancar apabila pusat itu dibuka seawal jam 9 pagi dan ditutup pada jam 10 pagi dengan pengumuman rasmi daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad pada pukul 11.45 pagi.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Apr 28 2018
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memeluk isterinya Datin Seri Hizam Awang Ahmad sebelum menyerahkan borang penamaan calon. - Foto Bernama
[TERKINI] Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64
Ikuti langsung titah Sultan Perak, yang juga Canselor Universiti Malaya (UM), Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istiadat Konvokesyen Ke-64 di Dewan Tunku Canselor.
Wanita, kanak-kanak cari makana di timbunan sampah di Gaza - Pegawai PBB
Sekumpulan besar wanita dan kanak-kanak mencari makanan di antara timbunan sampah di bahagian Semenanjung Gaza, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berikutan lawatan ke Palestin.
Kabinet setuju hukuman khidmat masyarakat kesalahan buang sampah
Jemaah Menteri hari ini bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan hukuman khidmat masyarakat bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.
Henti polemik papan tanda - Zaliha
Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghentikan pertikaian berhubung tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap papan tanda premis perniagaan.
Lebih 26,000 hektar tanaman padi ditenggelami banjir di Kelantan - Pesak
KADA menganggarkan lebih 26,000 hektar tanaman padi di kawasan seliaan dan luar jelapang mengalami kerosakan susulan banjir.
Harga beras putih import turun mulai 1 Disember
Padiberas Nasional Bhd (Bernas) telah bersetuju menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik, bermula Ahad ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat selepas perbincangan antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan Bernas baru-baru ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat selepas perbincangan antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan Bernas baru-baru ini.
Rasuah ibarat barah yang merosakkan anatomi negara - Sultan Perak
Rasuah, ketirisan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah ibarat barah yang merosakkan anatomi negara yang mengakibatkan rakyat menanggung beban yang berat, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
#AWANInews
#AWANInews
Pesakit angin ahmar tetap semangat tempuhi banjir
Mohd Saidi Mokhtar merupakan bekas Pegawai Waran Rejimen Semboyan Diraja yang pernah menyelamatkan mangsa banjir dahulu, namun kini dia pula terpaksa diselamatkan akibat terkena angin ahmar.
Cuti agensi KPKT, termasuk bomba dibekukan serta-merta
Cuti beberapa agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dibekukan serta-merta susulan bencana banjir yang melanda di beberapa negeri ketika ini.
Tinjauan di besut, Terengganu
Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk pada Sabtu dimana jumlah mangsa yang dipindahkan telah mencecah lebih 32 ribu mangsa.
Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan
Itu keadaan yang dihadapi lebih 30 keluarga di Kampung Ganding, Alor mengkudu, Alor Setar.