Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menafikan dakwaan beliau antara tujuh pemimpin yang telah disenaraikan dalam perhatian pucuk pimpinan tertinggi parti dan menganggap ia sebagai tuduhan tidak berasas.
Katanya, dakwaan itu juga merupakan cubaan untuk memburukkan imej selain merosakkan hubungannya dengan kepimpinan parti yang didalangi pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya ketawa apabila menerima berita ini. Saya tidak tahu di mana mereka mendapat maklumat tersebut. Saya merupakan pejuang parti, akan mati bersama parti. Saya adalah pemimpin yang sentiasa mempertahankan parti"
"Ahli parti lebih kenal pemimpin. Akar umbi lebih kenal siapa anai-anai, siapa penyamun dan siapa penyangak". katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
Setakat ini, Syed Ali memaklumkan masih belum menerima sebarang notis daripada Ibu Pejabat UMNO seandainya beliau melakukan kesalahan sehingga boleh menyebabkan dikenakan tindakan disiplin.
Syed Ali merupakan antara tujuh pemimpin UMNO yang dikaitkan bakal dikenakan tindakan disiplin kerana didakwa pernah mengeluarkan kenyataan secara terbuka sehingga menjejaskan parti.
Laporan The Malaysian Insider sebelum ini turut menamakan beberapa pemimpin UMNO lain termasuk bekas presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Zainuddin Maidin, Tan Sri Sanusi Junid dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunos.
Sementara itu, Syed Ali turut mengingatkan pucuk pimpinan tertinggi UMNO supaya berbincang dengan pemimpin yang didakwa menimbulkan masalah memandangkan setiap daripada mereka pernah berjasa kepada parti.
"Sepatutnya peringkat tertinggi UMNO perlu bertemu dengan pemimpin tersebut. Kita perlu meredakan dan memperkuatkan parti kita. Jangan menjauhi pemimpin tersebut."
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor setakat ini masih belum mendedahkan nama pemimpin terlibat dan hanya akan berbuat demikian selepas jawatankuasa khas membentangkannya pada Majlis Presiden UMNO sebelum dibawa ke jawatankuasa disiplin.
Tengku Adnan pada masa sama memaklumkan mereka yang didapati bersalah berkemungkinan berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada sebarang jawatan.
Hans Yusoff
Wed Nov 04 2015

Syed Ali merupakan antara tujuh pemimpin UMNO yang dikaitkan bakal dikenakan tindakan disiplin kerana didakwa pernah mengeluarkan kenyataan secara terbuka sehingga menjejaskan parti. - Gambar Fail

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.

PRK Sungai Bakap: Pas masih perhalusi senarai calon
Pas Pulau Pinang masih memperinci dan memperhalusi senarai calon yang akan bertanding pada PRK DUN Sungai Bakap sebelum mengemukakannya kepada pucuk pimpinan parti untuk dimuktamad.

TDM diharap kekal fokus laksana langgungjawab - Mohamad
Rakyat amat mengharapkan sebuah angkatan tentera yang benar-benar utuh dan siap siaga agar keharmonian negara terus kekal.

Khaled Nordin serah kepada pucuk pimpinan tentukan calon PRU15
Khaled tidak menafikan namanya tersenarai antara lima calon untuk kerusi Parlimen Pasir Gudang, namun, proses penentuan calon masih belum selesai.

'Senarai jawatankuasa' persatuan baru sepak takraw tempatan cetus persoalan
Ia mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan bekas pemain kerana beberapa nama dilihat tidak relevan untuk berada dalam pucuk pimpinan baru itu.

Pelbagai langkah perlu diambil untuk kembalikan kegemilangan sepak takraw negara - GASTAK
Ia perlu dilakukan selepas beberapa persatuan sepak takraw negeri menarik diri daripada Persatuan Sepak Takraw (PSM).

Tiada parasit, saya percaya yang tinggal adalah ahli setia - Ketua Armada
"Kita pasti Armada yang ada bersama kami adalah mereka yang setia pada parti."

Henti berbalah sesama sendiri, jaga kepercayaan rakyat - Ketua Cabang PKR
Katanya, perkara yang paling utama ketika ini adalah untuk menumpukan kepada perjuangan dan menjaga kepercayaan rakyat.

Kerajaan campuran: Perlu perbincangan rapi - Pas
Satu mesyuarat khas oleh pucuk pimpinan parti akan dibuat bagi membincangkan cadangan berkenaan, yang mungkin menimbulkan pelbagai reaksi, khususnya dalam kalangan ahli parti.

Husni sifatkan pencalonannya sebagai tanda kepercayaan pucuk pimpinan
Husni yang akan mempertahankan kerusi itu buat penggal keenam yakin kawasan itu pastinya akan membangun lebih pesat dengan kemenangan BN.

Beri lebih peluang wanita jadi calon PRU14 - Rosnah
Penyandang wakil rakyat Parlimen Papar itu berkata, sudah tiba masanya pucuk pimpinan mendengar suara hati wanita di negara ini dalam usaha memartabatkan lagi golongan berkenaan.