Pemilihan calon-calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di peringkat parlimen dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor yang boleh menyumbangkan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, komponen BN termasuk UMNO perlu akur dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan dan sewajarnya bekerja keras untuk meraih kemenangan.
"Pemilihan calon dalam kalangan anggota komponen BN diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.
"Semua pihak perlu berlapang dada dan berkerja untuk kemenangan BN secara keseluruhannya," katanya dalam catatan terbaharu di laman umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Calon Bebas alternatif terbaik, tidak perlu rosakkan undi - penganalisis
BACA: Lupakan perpecahan dalaman, elak insiden sabotaj calon - Ahmad Zahid
Syed Ali mengingatkan, mengambil tindakan bertentangan dengan semangat kepartian dan melakukan sebotaj jika tidak terpilih sebagai calon merupakan perbuatan yang hanya akan mencemarkan maruah parti dan membuka ruang kepada pihak pembangkang.
Tambahnya, UMNO peringkat negeri hanya mengemukakan senarai nama-nama calon untuk dipertimbangkankan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti khususnya Najib selaku Presiden UMNO.
"Di Wilayah Persekutuan contohnya, kita faham, kita fokus dan sedar kehendak ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi yang selama ini bekerja keras, mereka mahu calon pilihan mereka dengan mengambil kira persekitaran setempat.
"Kita buat kerja, kita hantar nama calon-calon kepada pemimpin atasan parti, tetapi apa juga keputusan kita akan terima dengan hati terbuka, pendirian kita jelas, kita bekerja untuk parti.
"UMNO negeri sememangnya memahami kehendak mereka dan kita juga ada hasrat supaya parti mendapat lebih peluang, sebab itu kita 'fight' supaya kita dapat apa yang kita kehendaki, tetapi jika Presiden parti memutuskan sebaliknya, maka kita kena terima dengan hati terbuka, redha dan tidak melakukan tindakan bertentangan dengan peraturan parti," ujarnya.
Mengakui kemungkinan ada yang berasa kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon, beliau berkata pihak berkenaan perlu bersikap positif dengan keputusan tersebut.
"Mungkin ada yang kecewa termasuk penyokong mereka, tetapi kita perlu mengutamakan kepentingan parti, bukannya kerana individu atau kumpulan tertentu, kita mahu kemenangan pada PRU-14.
"Memang ada yang akan kecewa kerana kemungkinan tidak tersenarai sebagai calon dengan alasan selama ini telah bekerja keras melakukan persiapan dan gerak kerja kepartian.
"Pemimpin dan ahli-ahli UMNO perlu melihat kepada keutamaan parti melebihi kepentingan peribadi dan bukannya mengambil tindakan balas yang boleh menjejaskan kekuatan parti," katanya.
Oleh sebab itu kata Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras, semua pihak diminta tidak meletakkan pengharapan yang terlalu tinggi untuk dipilih sebagai calon pada PRU kali ini.
"Ia adalah kerana jika tidak dapat apa yang dihajati, pasti akan kecewa. Saya juga mengingatkan mereka yang berasa kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon supaya berpegang kepada qada dan qadar.
"Perdana Menteri mempunyai kriteria dan kewajaran tertentu dalam soal pemilihan calon-calon terutama membabitkan calon daripada UMNO pada PRU kali ini," jelasnya.
Astro Awani
Fri Apr 13 2018

Pemilihan calon di kalangan anggota komponen BN diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN. - Gambar BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.