Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah, serta bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.
Beliau juga mempelawa pihak yang mendesak pengunduran beliau itu supaya tampil mengambil alih jawatannya jika sudah 'rasa bagus'.
Menurutnya, beliau percaya apa yang berlaku ada hikmahnya serta kebaikan yang diperjuangkannya akan menjadi kenyataan.
"Saya sentiasa bersedia (untuk apa jua kemungkinan). Saya tawakal, cepat atau lambat (perubahan berlaku) saya percaya kebaikan yang diperjuangkan akan menjadi kenyataan," katanya ketika berucap pada satu majlis di Kampung Sanglang di sini malam tadi.
Mukhriz berkata demikian ketika mengulas mengenai pergolakan politik di negeri itu, serta tekanan agar beliau berundur daripada jawatannya.
"Saya tak takut apa jua tindakan yang (mungkin) dikenakan ke atas saya. Saya seorang yang percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
"Bila dah pegang kuasa tu baru tau. Dah nak berebut, silakan. Ambillah kalau rasa macam bagus sangat, tapi bila dah pegang jangan menyesal pulak, tak dak apa garu kepala jadi macam kepala saya," katanya lagi.
Pada masa sama, beliau turut meminta rakyat Kedah terutama penyokongnya supaya bertenang dengan apa yang sedang berlaku dan tidak menimbulkan kekecohan.
Beliau berkata, apa sahaja yang berlaku dalam krisis itu, biarlah sebarang keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk Kedah dan negara.
"Kita buatlah macam kita buat malam tadi. Kita buat solat hajat, kita buat doa syukur, kita bermunajat, kita minta tolong dengan Allah SWT," katanya lagi.
Suasana politik di Kedah 'panas' sejak kebelakangan ini apabila barisan kepimpinan UMNO Kedah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Astro Awani
Wed Jan 27 2016

MUKHRIZ: Saya tak takut apa jua tindakan yang (mungkin) dikenakan ke atas saya. Saya seorang yang percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Rakyat Palestin tunaikan solat tarawih di celah runtuhan masjid
Penduduk Palestin menghamparkan permaidani dan tikar di sebelah runtuhan masjid yang musnah untuk menunaikan solat Tarawih.

Komposer Zul Mahat meninggal dunia akibat jangkitan kuman
Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak penghujung Disember lalu selepas terjatuh ketika menjalani rawatan dialisis.
#AWANIRingkas 1 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Mac 2025
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.
AWANI Pagi: Gaya hidup sibuk? Amalkan sahur "meal prep"
Sempena 1 Ramadan esok, ikuti diskusi eksklusif #AWANIPagi bersama Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan & Khidmat Makananan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menyediakan sahur yang sihat dan menyelerakan khususnya bagi mereka yang gaya hidupnya sibuk dengan tugasan seharian.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra
BBP Jitra terima panggilan kecemasan pada pukul 5.38 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 25 minit kemudian.

KPDN serbu premis jual LPG tanpa lesen, lebih harga pasaran
Menurut KPDN Kedah, serbuan dilakukan pada 4.45 petang selepas bertindak hasil aduan orang awam dan penyamaran.

Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.

Mayat lelaki warga emas ditemukan terapung dalam tali air
Mayat seorang lelaki ditemukan lemas di dalam tali air di Jalan Kampung Pida 8, Jitra, hari ini.

Lelaki maut, dua kenderaan bertembung
Kenderaan yang datang dari arah Jitra menghala ke Air Hitam hilang kawalan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta mangsa.

Polis kesan lelaki larikan diri daripada ditahan di Kuala Jerlun
Polis percaya lelaki itu masih berada dalam daerah Kubang Pasu dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.

Bengkel motosikal kebakaran, pemilik rugi lebih RM100,000
Tan Si Bong hanya sempat capai tangan ibunya yang berusia lebih 80 tahun sebelum dua beranak itu berlari keluar menyelamatkan diri.

Bomba bantu hospital pindahkan pesakit obesiti berat 300kg
Khidmat ehsan bomba terus digerakkan ke Hospital Jitra sebaik menerima panggilan jam 9.52 malam tadi.

Ugut, tikam tayar kenderaan JPJ, 5 individu termasuk nenek ditahan
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, salah seorang suspek turut bertindak menikam tayar kenderaan peronda JPJ.

Mayat lelaki jatuh Sungai Korok ditemui 5km dari lokasi
Mayat mangsa ditemui terapung oleh anggota BBP Jitra sewaktu melakukan pencarian di permukaan air di sepanjang sungai itu.