Amboi, amboi, amboi!

Selebriti popular Azwan Ali tampil selaku calon paling bergaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini berbanding calon-calon lain yang mengenakan pakaian parti masing-masing.

Ditemani seorang penyokong dan pencadang, Azwan yang memakai jaket merah melengkapkan penampilan dirinya dengan memakai kaca mata hitam dan clutch berwarna emas.

Begitu menarik perhatian!

Ketika disapa wartawan Astro AWANI di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang, Selangor kira-kira jam 7.15 pagi sambil tersenyum dengan membawa sepanduk tertulis nama komersilnya, 'DIVA AA'.

Azwan Ali
Pertarungan yang bakal bermula Parlimen Ampang khususnya di DUN Bukit Antarabangsa menyaksikan calon PKR di kerusi tersebut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekadar menghantar wakil.
Hakikatnya, oertembungan kali ini berbeza dengan sebelumnya dengan lima penjuru parti bertanding.

Lihat senarai di bawah ini:
P.099 AMPANG
1. Datuk Leong Kim Soon (BN)
2. Zuraidah Kamaruddin (PKR)
3. Nurul Islam Mohamed Yusoff (Pas)
4. Sulaiman Kamarul Rafar Ismail (Bebas)
N.19 BUKIT ANTARABANGSA
1. Salwa Yunus (BN)
2. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR)
3. Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (Pas)
4. Ahmad Kamarudin (PRM)
5. Azwan Ali (Bebas)

N.20 LEMBAH JAYA
1. Mohd. Nizam Zain (BN)
2. Haniza Mohamed Talha (PKR)
3. Khasim Abdul Aziz (Pas)
4. Norizwan Mohamed (PRM)

Zuraida ialah ahli Parlimen PRK dan sudah berkhidmad selama dua penggal. Pada PRU13, beliau menang dengan 41,969 undi menewaskan Rozaidah Talib daripada UMNO yang meraih 28,691 undi.
Pada 2008, beliau memenangi kerusi itu dengan 26,995 undi mengalahkan wakil UMNO, Azman Wahid yang memperoleh 23,319 undi.
Walaupun kemungkinan besar berlaku pertandingan tiga penjuru, Zuraida berkata, peluang PKR menang adalah tinggi.
Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi kerusi Parlimen Ampang, Tan Hua Meng, 60 tahun, calon DUN Bukit Antarabangsa, Ahmad Kamarudin dan DUN Lembah Jaya, Norizwan Mohamed tiba jam 8.45 di Pusat Penamaan Calon di Dewan Dato Ahmad Razali.