Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman meminta semua pihak supaya jangan mengecam Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berhubung penahanan anaknya dalam Ops Hiburan Bersepadu pada Jumaat malam.
Menurut Tajudin, perkara itu boleh berlaku kepada anak sesiapa sahaja, tanpa mengira status.
"Perkara ini berlaku bukan kerana mak bapa hendak anak dia terjebak dalam perkara seperti ini. Mat Sabu seorang pemimpin, tentunya dia tak mahu melihat anak dia juga terlibat, sebagaimana dia mahu melihat rakyat pada keseluruhannya baik.
"Tentu dia hendak anak dia menjadi budak baik. Tapi dah berlaku macam ni, kadang-kadang tak dapat dijangka. Sama ada anak menteri, anak tok imam, boleh jadi anak sesiapa pun.
"Kita tak boleh kata anak orang besar-besar tak berlaku perkara seperti ini, anak tokoh agama terjamin tak terlibat. Itu tak boleh cakap sebab berbagai-bagai sebab boleh menyebabkan berlaku."
Beliau selepas majlis konvokesyen Kolej Antarabangsa TAJ di Ipoh, pada Ahad.
Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, yang ditahan dalam Ops Hiburan Bersepadu pada Jumaat malam setelah didapati positif ganja dan dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6 petang Sabtu.
Tajudin berkata ada pelbagai kemungkinan mengapa anak Presiden Amanah itu boleh terjebak, antaranya kerana pengaruh rakan-rakan.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jan 06 2019
Tajudin minta semua pihak supaya henti kecam Mohamad Sabu berhubung penahanan anaknya. -Gambar fail
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
'Anak tok imam pun boleh terjebak' - Tajuddin minta henti kecam Mat Sabu
Perkara itu boleh berlaku kepada anak sesiapa sahaja, tanpa mengira status.