Anggota UMNO diminta yakin dengan sistem kesinambungan kepimpinan parti yang sehingga ini terjamin memberi manfaat kepada kebajikan rakyat dan pembangunan negara.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata sehubungan itu anggota UMNO perlu yakin dan taat kepada pemimpin parti seperti amalan dan tradisi dahulu bermula daripada presiden pertama parti sehingga ke kepimpinan sekarang di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Adalah lumrah politik pemimpin datang dan pergi namun perjuangan parti memartabatkan bangsa, agama dan negara perlu diteruskan agar keamanan yang dikecapi sekarang dapat dinikmati generasi akan datang.
"Datanglah pelbagai tomahan.... prinsip kita (parti) siapa yang jadi pemimpin hari ini maka kita mesti tumpahkan taat setia kepada presiden parti," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sang Saka Bangsa sempena Larian Bendera Sambutan Ulang Tahun ke-71 UMNO.
Pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyerahkan bendera itu kepada Noh di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang, dekat sini dengan disaksikan pemimpin dan ketua-ketua bahagian daripada kedua-dua negeri itu.
Larian Bendera di Negeri Sembilan yang bermula di Rembau pada Sabtu lalu melibatkan keseluruhan jarak 111 kilometer tamat hari ini sebelum bendera UMNO itu diserahkan kepada Selangor bagi memulakan jelajah negeri itu pula.
Larian peringkat Selangor akan diteruskan di seluruh negeri itu sebelum diserahkan kepada UMNO Wilayah Persekutuan pada 10 Mei ini (Rabu).
Dalam pada itu, Mohamad berkata sepanjang tiga hari Larian Bendera UMNO yang diarak di seluruh negeri itu ia telah menerima sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada golongan muda.
"Hari ini tiba giliran Selangor , saya berharap semangat dan aura yang dibawa ini dapat disebarkan di negeri ini pula, Insya-Allah saya yakin di bawah kepimpinan Tan Sri (Noh Omar) akan bertambah kukuh dalam usaha merampas kembali Selangor pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2017

NOH: Datanglah pelbagai tomahan.... prinsip kita (parti) siapa yang jadi pemimpin hari ini maka kita mesti tumpahkan taat setia kepada presiden parti.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.

Ahmad Zahid seru semua perwakilan UMNO kembali sebagai satu pasukan
Ahmad Zahid sedia terima apa sahaja keputusan perwakilan menjelang pemilihan peringkat Ketua Bahagian, kepimpinan Bahagian serta MKT di peringkat nasional.

Ahli politik perlu matang, rakyat kini rasa letih - Penganalisis
Rakyat kini rasa letih akibat ketikdaktentuan politik berpanjangan yang turut mencetuskan ketidakstabilan dalam kalangan rakyat.

Anggota parti diingatkan taat setia kepada pemimpin - Noh Omar
Anggota UMNO diminta yakin dengan sistem kesinambungan kepimpinan parti yang sehingga ini terjamin memberi manfaat kepada kebajikan rakyat dan pembangunan negara.