Anggota UMNO diingatkan supaya belajar daripada kesilapan pada pilihan raya umum (PRU) 2008 yang menyaksikan pembangkang menawan lima negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peristiwa itu seharusnya mengajar anggota parti untuk tidak bersikap sambil lewa, sebaliknya melipatgandakan usaha untuk memastikan kemenangan pada PRU akan datang.
Katanya, isu berkaitan kuasa adalah perkara yang tidak boleh dipandang ringan apatah lagi dengan taktik pembangkang yang sanggup menyebarkan fitnah dan bersekongkol dengan negara asing untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tidak perlu kita layan atau beri fokus pada perkara lain. Pergi kepada persiapan pilihan raya sahaja kerana kita tidak boleh main-main dalam hal berkaitan kuasa yang mana pembangkang boleh duduk bersama-sama tubuh Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan.
"Mereka masing-masing cuba untuk meraih sokongan dan kita kena beringat bahawa walaupun mereka ada Tun M (Dr Mahathir Mohamad) atau Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin), ketua mereka masih Lim Kit Siang (penasihat DAP)," katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera.
Turut hadir barisan kepimpinan parti bahagian iaitu Sabariah Saidan (Wanita), Mohd Zoolihsan Ahmad (Pemuda) dan Salmiah Ab Rahman (Puteri), Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan Datuk Fadil Osman dan ADUN Guai Datuk Norol Azali Sulaiman.
Mahdzir juga menyifatkan bahawa anggota UMNO seharusnya menanam sikap setia kepada pemimpin dan seharusnya berlapang dada untuk berbincang dalam mencari penyelesaian kepada sebarang permasalahan yang wujud dalam parti.
"Tidak seharusnya bila ada masalah, keluar memburukkan pemimpin atau negara kepada negara asing atau memanggil media asing sedangkan sebelum itu sudah 22 tahun berada bersama parti," katanya.
Mahdzir juga menegaskan UMNO bukan sebuah parti bersikap perkauman, walaupun memperjuangkan keistimewaan orang Melayu.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata perkara itu terbukti apabila sekolah vernakular masih dibenarkan beroperasi walaupun UMNO telah menerajui pimpinan negara sejak merdeka.
"Malah, kebajikan anak Orang Asli juga dijaga. Setakat ini, terdapat 90 sekolah khusus untuk anak Orang Asli di Semenanjung dan daripada jumlah itu, 55 sekolah dilengkapi kemudahan asrama.
"Ini bagi membolehkan anak-anak ini tinggal di sekolah tanpa perlu berulang alik jauh untuk menuntut ilmu. Ini semua adalah hasil usaha UMNO bagi memastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada perkembangan negara," katanya.
Sementara itu, Mahdzir berkata kementeriannya juga bersedia mengkaji cadangan Ismail Sabri supaya sekolah di Felda Tembangau 6 di sini, dijadikan sebagai sekolah yang bercampur sekolah rendah dan sekolah menengah sehingga Tingkatan Tiga.
Ini kerana, Ismail Sabri berkata sekolah itu berhampiran dengan penempatan Orang Asli yang terbesar di daerah ini iaitu Pos Iskandar dan perubahan itu membolehkan kanak-kanak masyarakat itu mendapat kemudahan pendidikan yang lebih baik.
"Sekolah sedia ada juga mempunyai 22 buah kelas dan daripada jumlah itu, hanya enam yang digunakan. Bermaksud ada 16 kelas kosong yang boleh digunakan. Jika dipersetujui, anak Orang Asli di situ boleh bersekolah sehingga Tingkatan Tiga tanpa meninggalkan kampung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2017

Mahdzir Khalid (kanan) berbincang dengan Ismail Sabri pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda hari ini. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pulau Batu Puteh: Singapura dimaklumkan Malaysia tidak teruskan prosiding
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memaklumkan kepada Singapura bahawa prosiding tidak diteruskan dalam dua kes dikemukakan Malaysia terhadap republik itu berhubung Penghakiman asal pada 2008

Anggota UMNO perlu belajar daripada peristiwa 2008 - Mahdzir
Peristiwa itu seharusnya mengajar anggota parti untuk tidak bersikap sambil lewa, sebaliknya melipatgandakan usaha untuk memastikan kemenangan pada PRU akan datang.

Penyerang Mumbai 2008 jalani hukuman gantung
Penyerang Mumbai 2008 Mohammed Ajmal Amir Kasab menjalani hukuman gantung sampai mati pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini di penjara Yerwada, Pune.