Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menggariskan tiga perkara bagi membolehkan badan perhubungan parti negeri merampas semula Selangor daripada pembangkang.
Beliau berkata tiga perkara berkenaan adalah semua Ketua Bahagian UMNO negeri perlu bermuafakat dan berdiri teguh bersama presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak serta bersolidariti di bawah pimpinan beliau.
"Anggota UMNO juga mesti mengekalkan tradisi bahawa perjuangan UMNO adalah perjuangan mewakili serta melindungi semua kaum," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Karang di sini, hari ini.
Beliau berkata anggota UMNO perlu ada semangat juang dan mentaliti menang selain berhasrat kembali memerintah Selangor.
Dalam pada itu, Annuar menempelak Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sangat bermegah dengan kejayan yang dicapai negeri itu sedangkan, hakikatnya, beliau mewarisi sebuah negeri yang dibangunkan hasil kecekapan pemimpin UMNO terdahulu.
"Selangor itu hebat kerana awak (Mohamed Azmin) ambil Selangor yang (bekas menteri besar) Allahyarham Datuk Harun Idris, Allahyarham Datuk Hormat Rafei, Dr Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Abu Hassan Omar sudah bina untuk kamu...kamu dapat benda yang baik.
"Kalau Azmin betul hebat, saya cadangkan kita tukar sekejap. Menteri Besar Kelantan pergi Selangor, Mohamed Azmin jadi Menteri Besar Kelantan," katanya.
Dalam pada itu, Annuar berkata anggota UMNO perlu memastikan persepsi rakyat dibetulkan semula susulan wujudnya anasir negatif daripada golongan tertentu yang cuba menyemai politik kebencian rakyat terhadap UMNO termasuk kepimpinan Najib sebagai perdana menteri.
"Kempen membenci UMNO sangat intensif dilaksanakan sehingga ada sesetengah pihak menarik rakyat dengan isu-isu tertentu selain cuba melemparkan pelbagai tuduhan terhadap UMNO yang kononnya merupakan parti politik antirakyat," katanya.
Sementara itu, Annuar meminta semua pimpinan Badan Perhubungan UMNO negeri di seluruh negara mengadakan konvensyen masing-masing pada 15 Sept sehingga sebelum bermulanya Perhimpunan Agung UMNO bagi memantapkan saf jentera parti.
Menurutnya ibu pejabat UMNO akan membantu UMNO negeri dalam menyediakan kandungan dan hala tuju yang mahu dicapai menerusi konvensyen kali ini. -Bernama
Bernama
Sat Sep 10 2016

Annuar (gambar) berkata tiga perkara berkenaan adalah semua Ketua Bahagian UMNO negeri perlu bermuafakat dan berdiri teguh bersama presiden parti. -Gambar fail
FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah piala dunia kelab
FIFA mengumumkan perincian hadiah terbesar dalam sejarah kejohanan kelab bagi edisi baharu Piala Dunia Kelab FIFA yang akan menampilkan 32 pasukan buat kali pertama.
[TERKINI] Kadar OPR kekal 3%
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia buat keputusan kekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peratus.
Pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan antara faktor insiden
Susulan kemalangan maut di KM204 Lebuh Raya Utara Selatan di Ayer Keroh tahun lalu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memaklumkan, antara faktor mempengaruhi insiden tersebut termasuk pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan, jalan raya dan persekitaran.

Piala AMEC: Didakwa jual perlawanan, penjaga gol Kemboja bebas tuduhan
Penjaga gol Kemboja, Vireak Dara, bebas daripada tuduhan mengatur perlawanan semasa pertembungan menentang Singapura dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, Disember lalu.

Keluarga harap Eda Ezrin dapat pulang sebelum raya
Keluarga juga akan mengadakan kenduri doa selamat sempena kepulangan dan pembebasan Eda Ezrin apabila dia pulang nanti.

76,664 permohonan SJKP diluluskan bernilai RM17.86 bilion - KPKT
Sebanyak 76,664 permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM17.86 bilion diluluskan sejak dilaksanakan.

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.
AWANI Ringkas: Sindiket e-waste: Penguat kuasa diugut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Los Angeles saman SCE susulan kebakaran di California
Kebakaran Eaton memusnahkan sekitar 9,400 bangunan dan menyebabkan kerugian dianggarkan menelan kos sekurang-kurangnya ratusan juta dolar.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.