Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa membuat keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu 30 Jun ini.

Annuar dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan menawarkan diri bertanding jawatan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini parti.

“Setelah berbincang dengan pemimpin- pemimpin kanan parti di peringkat nasional dan negeri, saya dengan penuh rasa tanggungjawab memaklumkan bahawa saya akan menawarkan diri untuk bertanding pada jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia dalam pemilihan parti keramat UMNO.

Kepada Allah SWT saya berserah semoga segalanya berjalan lancar," katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut.

Pemilihan parti keramat Melayu itu dijadualkan berlangsung pada 30 Jun 2018.

BACA: Tok Mat tawar diri bertanding Timbalan Presiden UMNO