Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim secara automatik hilang kelayakan sebagai anggota parlimen mulai hari ini, berikutan parti itu tetap dengan keputusan untuk tidak memohon pengampunan Diraja bagi pembebasannya.
Perkembangan terbaharu itu memberi isyarat jelas bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh hampir pasti diadakan kerana kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar mungkin diisytiharkan "secara rasmi kosong" tidak lama lagi.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli memberitahu media hari ini bahawa PKR tidak akan memohon pengampunan Diraja bagi pembebasan Anwar, sambil menambah bahawa tiada arahan daripada ketua pembangkang itu untuk berbuat demikian.
Semalam adalah hari terakhir bagi Anwar untuk mengemukakan permohonan bagi pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Penyandang kerusi Permatang Pauh itu mempunyai tempoh 14 hari bermula dari tarikh dia disabitkan kesalahan dan dihukum penjara kerana meliwat, untuk memfailkan petisyen bagi pengampunan tetapi setakat ini, Anwar tidak mengambil apa-apa langkah ke arah itu.
Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas, menolak rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bahari Azlan pada 2008, dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini, berkata pihaknya hanya akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh, sebaik sahaja tempoh Anwar hilang kelayakan sebagai anggota parlimen berkuat kuasa.
Di bawah Fasal 4 Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, Anwar hilang kelayakan sebagai anggota parlimen hanya berkuat kuasa selepas 14 hari dari tarikh dia disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman, iaitu esok.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi menyifatkan pengumuman Rafizi itu isyarat jelas kepada jentera parti untuk turun padang dan bekerja lebih keras bagi memastikan kemenangan parti berkenaan di kawasan tersebut.
Katanya ini kali keenam PKR bertanding di Permatang Pauh sejak pilihan raya umum 1999 apabila presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, memenangi kerusi tersebut, selain beberapa pilihan raya kecil bagi kerusi dewan undangan negeri di kawasan parlimen berkenaan.
"Jentera parti sentiasa bersiap sedia sepanjang masa dan kita akan mula berkampung minggu ini," katanya, yang menolak desas-desus bakal menjadi calon parti itu bagi pilihan raya kecil tersebut.
Bernama
Mon Feb 23 2015

Anwar bakal hilang kelayakan, PRK Permatang Pauh hampir pasti - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.