Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhasrat bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh hari ini hampa apabila tidak dibenarkan berbuat demikian.
"Kami tidak dibenarkan berjumpa dengan Datuk Seri (Anwar) kerana mengikut undang-undang hanya ahli keluarga dan peguam yang boleh berjumpa dengan beliau," ujar Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul.
Begitupun, Johari bersama Ahli Parlimen Sepang dan Kota Melaka yang dapat bertemu Ketua Pengarah Penjara Sg. Buloh, Datuk Narender Singh, telah diberitahu tentang keadaan Anwar dari aspek rutin harian termasuk diet, aktiviti, kesihatan, perubatan dan keperluan lain.
"Cuma kami memohon agar beliau diberikan kebebasan untuk membaca lebih banyak bahan bacaan selain mendapat akses rawatan dan perubatan. Setakat ini empat orang doktor pakar diberikan untuknya," ujar beliau.
Johari juga memberitahu, Anwar telah diberi perhatian berkaitan masalah sakit belakangnya, termasuk mendapat katil khas dan tandas duduk.
Tambahnya, ahli keluarga dibenarkan berjumpa Anwar setiap bulan manakala peguamnya pula pada setiap minggu.
"Dari semasa ke semasa, kami akan datang lagi melawat Anwar untuk mendapatkan arahan.
"Sementara itu, di Dewan Rakyat, kami akan terus bawa usul untuk membenarkan Anwar hadir di Parlimen," ujar Johari.
Mereka yang mewakili ketiga-tiga parti gabungan iaitu dari DAP, PKR dan PAS tiba di pintu masuk penjara pada jam 1.20 petang tadi dan meninggalkan penjara sekitar jam 2.30 petang.
Antara yang turut serta ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akim; Hanipa Maidin (Sepang), Sim Tong Him (Kota Melaka), Tian Chua (Batu); Zuraida Kamaruddin (Ampang), Fuziah Salleh (Kuantan), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat) dan Sim Tze Zin (Bayan Baru).
Terdahulu, Tze Zin memberitahu media bahawa rancangan untuk bertemu Anwar itu adalah untuk membincangkan perkara-perkara seperti yang dibahaskan di Parlimen sahaja.
"Dalam pertemuan ini, kami akan membincangkan hal-hal seperti isu GST, belanjawan dan rang undang-undang," ujar beliau.
Selain itu, isu rang undang-undang Akta Pencegahan Keganasan (POTA) yang baru saja dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga akan dibincangkan.
Hamzah Hamid
Tue Mar 31 2015
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak dibenarkan berjumpa Anwar kerana mengikut undang-undang hanya ahli keluarga dan peguam yang boleh berjumpa dengannya. - Foto Astro AWANI
Tundukkan Barcelona sekadar tiga mata lagi untuk Atletico - Jan Oblak
Gol terakhir Alexander Sorloth mengesahkan kemenangan 2-1 untuk pasukan bimbingan Diego Simeone itu di Estadi Olimpic Lluis Companys.
USS Abraham Lincoln: Semalaman di atas gergasi samudera
Bukan mudah untuk menjejak kaki ke atas salah satu kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear, aset ketenteraan yang mungkin kerap kali dilihat hanya di dalam filem-filem perang.
Namun, pengalaman bermalam di atas kapal kelas Nimitz – USS Abraham Lincoln atau Abe baru-baru ini, sememangnya menjadi memori yang tidak mungkin terhakis sampai bila-bila.
Ikut laporan khas wartawan Firdaus Azil.
Namun, pengalaman bermalam di atas kapal kelas Nimitz – USS Abraham Lincoln atau Abe baru-baru ini, sememangnya menjadi memori yang tidak mungkin terhakis sampai bila-bila.
Ikut laporan khas wartawan Firdaus Azil.
Pengangkutan awam: KTMB perkenal tren MySawasdee mulai 29 Disember
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan perkhidmatan khas tren MySawasdee Edisi Penang dari Stesen Butterworth-Hat Yai-Butterworth yang akan beroperasi sebagai percubaan laluan bermula 29 Disember ini hingga 5 Januari depan.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja 15 tahun hilang
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai mengikut rakannya pada Khamis.
#AWANIRingkas 22 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Disember 2024
1️⃣ Teruskan penguatkuasaan di Sungai Golok
2️⃣ Musim cuti dijangka pengaruhi pergerakan ringgit
3️⃣ Suspek warga Arab Saudi, anti-Islam
#awaniringkas
1️⃣ Teruskan penguatkuasaan di Sungai Golok
2️⃣ Musim cuti dijangka pengaruhi pergerakan ringgit
3️⃣ Suspek warga Arab Saudi, anti-Islam
#awaniringkas
Noorkhiriah tawar bantuan untuk individu berdepan masalah melibatkan jenazah ‘ditahan’
Noorkhiriah berkata dia akan menggunakan sumbangan daripada orang ramai untuk memastikan pengurusan jenazah dilakukan dengan sempurna.
KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
Jumlah itu termasuk 3,200 MO kontrak yang meletak jawatan untuk beralih ke jawatan tetap, selain doktor yang beralih ke bidang akademik.
Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terlibat kemalangan
Afiqah Syaurah Qamarul Arifin meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Jojo mahu tuntut bela kekalahan abang di tangan Estupinan
Johan akan bertemu dengan Estupinan dalam pertarungan flyweight di ONE 170 di Impact Arena, Bangkok Thailand pada 24 Januari ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Disember 2024]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
- Tol percuma esok dan lusa sempena Krismas
- 2 dekad Tsunami: Acheh masih dibadai derita
- Geng Gurun Qatar: Perpaduan komuniti Malaysia di Teluk
#AWANIpagi #AWANInews
- Tol percuma esok dan lusa sempena Krismas
- 2 dekad Tsunami: Acheh masih dibadai derita
- Geng Gurun Qatar: Perpaduan komuniti Malaysia di Teluk
#AWANIpagi #AWANInews
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC
Amalan lantikan politik yang sudah diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, dakwanya, telah menyebabkan rasuah dan salah urus GLC.
Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
Negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
PRK Port Dickson: Hishammuddin tak setuju tiada calon BN
Hishammuddin bagaimanapun menghormati keputusan itu kerana ia melibatkan suara daripada semua pihak termasuk akar umbi.
Calon Tun M jadi PM: Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali - Khairy
Mengulas pemilihan pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 akan datang, tidak mustahil jawatan itu hanya akan dipegang sementara waktu.
Muhyiddin sendiri harus redakan gerakan Bersih - Bastien
Bastien Onn berkata ia merupakan strategi yang memungkinkan gerakan Merah menghentikan sebarang cubaan provokasi daripada kumpulan Bersih sendiri.
1MDB: Anwar tidak mungkin terlibat dalam pemalsuan fakta, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam pemalsuan dokumen 1MDB sebagai tidak masuk akal.
Qazaf: Bekas Ketua Pendakwa Syarie mohon semakan dan notis rayuan Anwar
Bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain memfailkan permohonan untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pakatan Rakyat cadang empat langkah hadapi penurunan harga minyak, junaman ringgit
Kerajaan disifatkan perlu menghentikan budaya pembaziran serta cara hidup mewah dan boros pada situasi penurunan harga minyak dan junaman ringgit akhir-akhir ini.
Pengajaran buat PAS kerana bekerjasama dengan Anwar, kata Tun M
Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tun M.