Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menyenaraikan nama-nama Ahli Parlimen yang menyokongnya untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, nama-nama itu kelak perlu dimaklumkan Presiden PKR itu kepada Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam kadar segera untuk tindakan selanjutnya.
"Apa yang Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari selaku pakar di bidang perlembagaan tunggu lagi? Abdul Aziz sepatutnya terus menasihati Anwar untuk mengadap Agong bagi mendapat perkenan untuk melaksanakan peralihan kuasa. Jangan tunggu lagi.
“Sekiranya fakta tidak cukup, adalah lebih baik buat Abdul Aziz agar duduk diam-diam dan jangan bercakap semata-mata hanya untuk memberi keyakinan palsu kepada keseluruhan rakyat Malaysia dalam isu ini.
“Sesungguhnya, Anwar sudah lama menjadi bakal Perdana Menteri. Kalau Anwar sendiri tahu dia mempunyai cukup sokongan, sudah lama dia bertemu Agong walaupun terpaksa ke Istana Negara pada waktu malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
BACA: Anwar jangka ganti Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekitar Mei 2020
BACA: 'Saya tidak bercadang sertai Kabinet Tun Mahathir' - Anwar
Terdahulu, Abdul Aziz menyatakan Anwar mempunyai sokongan cukup untuknya menjadi Perdana Menteri.
Tambah Abdul Aziz, Anwar juga mempunyai sokongan kebanyakan Ahli Parlimen daripada PKR, DAP dan Amanah termasuk beberapa dari UMNO.
Dalam pada itu kata Khairuddin, analisa Abdul Aziz itu selalunya tersimpang jauh dari fakta dan tidak pernah terbukti keberkesanannya.
“Dia seorang tokoh akademik yang tidak habis-habis beretorika mengenai hasil analisanya tetapi apa yang lebih malang hasil kerjanya tidak pernah tepat.
“Bagi saya, Anwar semakin tercalar dengan pelbagai isu salah laku dan dilihat boleh lakukan apa saja demi untuk berpaut pada jawatan Perdana Menteri,” ujarnya.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020.
Dalam satu temubual bersama Bloomberg, Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun berkata, tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut.
Astro Awani
Mon Dec 09 2019
KHAIRUDDIN: Kalau Anwar sendiri tahu dia mempunyai cukup sokongan, sudah lama dia bertemu Agong. - Gambar BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).