Kehadiran lebih ramai calon akan mewujudkan pertandingan lebih demokrasi di peringkat tertinggi kepimpinan UMNO kali ini.
Penganalisis politik Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ia sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada akar umbi untuk memilih wakil terbaik bagi mengemudi parti sebagai pembangkang terbaik.
Jelasnya, pilihan lebih ramai calon juga akan membaiki kelemahan, selari memperkasakan parti agar lebih kuat dan bangkit selepas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
"Kalau kita lihat, semua ini pemimpin UMNO yang agak lama. Kalau boleh kita hendak lihat lebih ramai lagi yang bertanding ketua pemuda, naib presiden, timbalan presiden, malah di peringkat presiden.
"Ini supaya kita dapat melihat pelbagai warna dan pilihan di akar umbi. Jangan hadkan calon bertanding untuk satu atau dua orang sahaja tetapi (benarkan) tiga, empat atau lima di jawatan tertinggi itu, termasuk jawatan timbalan presiden dan presiden.
"Langkah itu untuk kita dapatkan pemimpin terbaik, pemimpin yang akan bawa UMNO ke arah parti yang dinamik dan jadi pembangkang yang betul-betul kuat, bukan lagi merengek akibat kerana kekalahan PRU lepas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Siapa Presiden UMNO untuk penggal 2018-2021?
BACA: Sekarang masa untuk 'detox' UMNO - Dira Abu Zahar
Sebelum ini, Pemangku tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan bakal bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti.
Dalam pada itu, bekas menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO selain Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman.
Kata Awang Azman, lebih banyak calon bermakna wujud pilihan lebih baik kepada ahli sendiri untuk memilih.
"Sebagai parti Melayu yang terbesar di negara ini yang dikatakan ada tiga juta ahli, tiba masanya UMNO memperbanyakkan lagi calon mereka agar akar umbi dapat membuat pilihan dengan lebih baik lagi berbanding dengan calon sekadar satu atau dua orang sahaja.
"Patutnya calon itu dipelbagaikan dan diperbanyakkan agar proses demokrasi itu betul-betul berjalan lancar dan mampu membuka ruang demokrasi itu sendiri," jelasnya.
Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO dimulakan pada 19 Mei, 2018 sehingga 10 Jun, 2018.
Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun, 2018 dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.
Wan Syamsul Amly
Sun Jun 03 2018
DR AWANG: Jangan hadkan calon bertanding untuk satu atau dua orang sahaja, tetapi benarkan tiga, empat atau lima di jawatan tertinggi. - Gambar fail
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.