Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ba’kelalan, Baru Bian dan Adun Batu Lintang See Chee How sah memilih Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebagai wadah politik baharu mereka selepas dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Turut bersama bekas Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak itu ialah lebih 20 bekas pemimpin cawangan PKR negeri yang mengumumkan peletakan jawatan sejak tiga minggu lalu.
Pengumuman tersebut diumumkan sendiri oleh bekas Menteri Kerja Raya itu dan Chee How dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh di ibu pejabat parti berkenaan di sini pada Sabtu.
Kemasukan kedua-dua wakil rakyat tersebut menjadikan PSB yang berada dalam blok pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, mempunyai enam wakil. Manakala di peringkat Dewan Rakyat, parti itu mempunyai dua ahli parlimen.
Dua lagi bekas pemimpin kanan PKR Sarawak iaitu Ali Biju (Adun Krian dan Ahli Parlimen Saratok) serta Willie Mongin (Ahli Parlimen Puncak Borneo) bagaimanapun memilih untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dalam sidang medianya, Soon Koh memaklumkan persetujuan menerima bekas pemimpin PKR itu adalah disebabkan mereka mempunyai visi yang sama dari sudut politik.
“Kami percaya kepada usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan masa depan Sarawak selain memastikan rakyatnya diberi peluang sama rata untuk memajukan diri," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Baru berkata, keputusan beliau dan rakan-rakannya menyertai PSB kerana percaya parti tersebut mampu menandingi Kerajaan GPS yang kini memerintah Sarawak.
“Pada masa yang sama, kami sedar, masa tidak memihak kepada kami untuk membentuk parti baharu, sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan.
“Malah idea untuk membuka parti baharu, akan melebarkan perpecahan dalam kalangan pembangkang," ujar Baru
Kerana itu katanya, mereka memutuskan untuk menyertai dan mengukuhkan PSB dan bersama-sama Soon Koh untuk mewujudkan Sarawak Baharu.
Sumber politik memberitahu, PSB berhasrat untuk bertanding di kesemua 82 kerusi DUN Sarawak, termasuk enam kawasan yang kini dimiliki oleh DAP.
Untuk rekod, PSB merupakan parti politik yang dijenamakan semula daripada nama asalnya, Parti Rakyat Bersatu (UPP).
Ia ditubuhkan pada 2014 sebagai serpihan daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Parti ini pada asalnya pro-Barisan Nasional dan GPS, sebelum mengambil keputusan menukar haluan pada tahun lalu, yang menyebabkan Soon Koh melepaskan jawatannya sebagai anggota Kabinet Negeri.
Rudi Affendi Khalik
Sat May 30 2020

Baru Bian dan See Chee How sah memilih Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebagai wadah politik baharu mereka selepas dipecat daripada PKR.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Baru Bian, Chee How pilih Parti Sarawak Bersatu
Baru Bian dan See Chee How sah memilih Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebagai wadah politik baharu mereka selepas dipecat daripada PKR.