Hubungan antara PAS dan DAP semakin renggang apabila DAP secara terbuka mengecam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan melakukan "pengkhianatan bersiri" terhadap Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat kenyataan tersebut kerana Abdul Hadi menghantar notis kepada Parlimen mengenai rang undang-undang hudud itu pada 18 Mac, sehari sebelum Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015.
Guan Eng dalam satu kenyataan medianya turut membidas PAS kerana melanggar konsensus Pakatan Rakyat yang dipersetujui Abdul Hadi sendiri ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.
"Dengan mengemukakan notis ketika pindaan enakmen tersebut belum diluluskan, ia menunjukkan Hadi sekali lagi memungkiri janji yang dibuatnya sendiri pada mesyuarat 8 Februari, yang sebarang usaha mengemukakan usul persendirian harus terlebih dahulu dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan.
"Isu yang didepani Majlis Pimpinan PR bukan setakat kedegilan PAS yang mahu percaya dan bekerjasama dengan Umno demi melaksanakan undang-undang hudud tetapi juga penghinaan presidennya terhadap PR dengan memungkiri janji yang dinyatakannya sendiri kepada PR.
"Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan PR, atau demi mengugut DAP dan PKR supaya menyerah kepada PAS atau sebaliknya melihat PR berpecah," katanya.
DAP mengkritik Abdul Hadi selepas beliau dilaporkan mengetepikan Pakatan Rakyat dengan menghantar surat kepada Parlimen memohon kebenaran membentangkan rang undang-undang persendirian, pada sidang yang sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir 9 April depan, untuk membenarkan Kelantan melaksanakan hudud.
Guan Eng berkata pendekatan “my way or the highway” Abdul Hadi tidak boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan konsensus yang digunakan Pakatan Rakyat demi mencapai demokrasi yang sihat dan gabungan yang berfungsi dengan baik.
Katanya, tindakan terkini Abdul Hadi itu akan dipertimbangkan sekali bersama rang undang-undang hudud yang diluluskan PAS Kelantan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Isnin nanti.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata pengundi bukan Islam dan golongan Islam moderat yang menyokong PAS dalam pilihan raya umum yang lalu turut kecewa dengan tindakan PAS.
"PAS nampaknya meletakkan dirinya di satu sudut dengan kerelaan untuk hilang segala-galanya, bukan sahaja menamatkan PR malah juga prospek dalam pilihan raya akan datang, dengan meletakkan kepercayaan kepada UMNO demi melaksanakan undang-undang hudud.
"Amat menyedihkan jika Hadi mendakwa masih ada tempat untuk PAS di hati orang bukan Islam. Bukan sahaja kerana ia tidak benar malah beliau sebenarnya berkhayal jika menyangkakan yang sokongan kalangan bukan Islam terhadapnya masih belum hilang," katanya lagi.
Astro Awani
Sun Mar 22 2015

Bawa notis hudud ke parlimen, satu lagi 'pengkhianatan bersiri' Hadi - DAP

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.

ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.

Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.