Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menolak dakwaan kononnya terdapat pemberontakan dalam kalangan ahlinya yang mahu menyertai parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusinya Mazlan Bujang berkata, kesemua 26 ketua bahagian termasuk ahli-ahlinya tetap kekal bersama presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini.
Malah, menurutnya, Bersatu Johor tidak mempunyai sebarang masalah dalaman.
"Johor sangat terkawal dan kita tidak ada masalah...malah kita akan terus menyokong kepimpinan presiden dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Mazlan berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan satu laporan berita oleh sebuah portal semalam bahawa ahlinya memberontak mahu menyertai parti Dr Mahathir.
Sementara itu, Mazlan berkata, Bersatu Johor berpendirian Dr Mahathir mempunyai hak untuk menubuhkan partinya sendiri demi demokrasi selain tiada undang-undang yang menghalang seseorang individu berbuat demikian.
Katanya, Dr Mahathir juga diyakini mempunyai pengikutnya sendiri memandangkan beliau merupakan seorang negarawan yang menerajui pentadbiran negara selama 22 tahun sebagai perdana menteri.
"Sudah tentu Tun ada sokongan...kita tidak dapat elakkan tapi dalam Bersatu Johor mungkin tidak sampai lima peratus menyokong Tun," katanya.
Beliau juga mengatakan bahawa Muhyiddin mempunyai pengaruh yang kuat selain menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Jumaat lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 09 2020
Mazlan berkata, kesemua 26 ketua bahagian termasuk ahli-ahlinya tetap kekal bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini. - Facebook Mazlan Bujang
Mahkamah tolak bantahan awal, bicara kes abai Zayn Rayyan mula petang ini - Hakim
Mahkamah Sesyen menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin adalah defektif atau cacat.
[TERKINI] Caruman KWSP pekerja asing hanya dua peratus - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar tersebut tidak akan membebankan majikan dan akan dikekalkan sehingga situasi lebih baik.
Hujan berterusan dijangka landa Sarawak sehingga Rabu
Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Rabu.
AWANI Ringkas: Kedaulatan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma, di Bukit Mertajam musnah akibat kebakaran malam tadi.
APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.
Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.
'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.
Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.
Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.