Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan secara membuta tuli menerima permohonan untuk menyertai parti itu daripada mana-mana individu tidak kira mereka ternama atau orang biasa, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata setiap permohonan keahlian akan melalui proses saringan dan tapisan supaya penyertaan mereka dalam Bersatu tidak bercanggah dengan matlamat parti dan tidak bertentangan dengan peraturan yang diamalkan parti.
"Mereka perlu lalui tempoh masa 'cooling period' sebelum menyertai mana-mana parti. Kita juga ada tempoh masa mengikut kesesuaian diberikan kepada mereka yang mahu sertai Bersatu iaitu saringan dan mesti memenuhi beberapa perkara umpamanya tidak ada kes rasuah, salah guna kuasa dan jenayah.
"Jadi, ini bermakna apabila Bersatu menerima borang permohonan, kita ada proses dan prosedurnya selain tidak buat secara automatik iaitu menerima dengan membuta tuli. Ada juga antara mereka yang awal-awal lagi kita sudah tolak," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Bersatu Melaka 2018 di Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini pada Ahad.
Turut hadir Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang juga Menteri Pembangunan Usahawan.
Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh mendakwa kebanyakan anggota UMNO sudah membuka mata berhubung parti itu yang kini dilihat pincang dan tiada hala tuju dalam mempertahankan hak bangsa Melayu.
"Kita lihat mereka kini semakin sedar, insaf dan mereka tahu apa yang mereka buat (sebelum ini) salah. Sekarang, mereka tahu bahawa parti lama pun dah tak seperti dahulu lagi. Jadi mereka berhijrah. Atas dasar persefahaman kita tak harus menolak (permohonan) mereka begitu sahaja," katanya.
Muhyiddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gambir berkata beliau mengakui ada antara pemimpin UMNO yang ingin mengubah haluan dan menyertai pimpinan Pakatan Harapan pernah menentang barisan pemimpin kerajaan hari ini.
Beliau berkata namun parti perlu memandang perspektif yang baharu dan sekiranya masih berada ditampuk lama dengan hanya menimbang perkara lepas, ia bermakna parti gagal menyusun strategi yang betul.
Rabu lepas, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua senator mengumumkan keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
Enam lagi wakil rakyat UMNO di Semenanjung meninggalkan parti pada Jumaat lepas dan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik hari ini mengumumkan keluar UMNO serta menyerahkan borang keahlian memohon menyertai Bersatu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 16 2018

Muhyiddin mengakui ada antara pemimpin UMNO yang ingin mengubah haluan dan menyertai pimpinan Pakatan Harapan pernah menentang barisan pemimpin kerajaan hari ini. - Gambar fail/ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Pengawal keselamatan dilanggar kereta ketika leraikan pergaduhan
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
Consider This: Congestion Pricing (Part 2) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Associate Professor Dr Law Teik Hua, Head of the Road Safety Research Centre under Universiti Putra Malaysia.

Polis gagalkan cubaan seludup karkas babi
Polis mematahkan cubaan menyeludup masuk keratan karkas babi disyaki dari negara jiran selepas menahan seorang pemandu lori di Taman Industri Jaya, Skudai pada Jumaat lepas.

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Rajang
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Song, Kapit sejak Jumaat lepas ditemukan lemas di Sungai Rajang dekat Kubu Emma di daerah Kanowit petang ini.

Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 29 dan 30 Mac, 5 dan 6 April
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
AWANI Ringkas: Jenayah | PRK Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Sindiket penipuan pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes Kolej Vokasional Lahad Datu: Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.

Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Pengganti Chow untuk terajui DAP Pulau Pinang diketahui hari ini
Pengerusi DAP negeri baharu akan menggalas tugas membuat persediaan menuju pilihan raya umum seterusnya.

Chow terus fokus agenda kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak peduli pengkritik
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berikrar akan terus memberikan fokus terhadap agenda pembangunan kerajaan negeri itu walaupun dikritik.

#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.

Mohd Ali dilantik semula sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua
Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerja baiki paip bocor Sungai Perai ambil masa 24 - 48 jam - Kon Yeow
PBAPP juga telah menggerakkan lori-lori tangki untuk menyediakan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.

Melaka kaji cadangan pelarasan tarif air - Ketua Menteri
Kerajaan Melaka sedang melakukan kajian terperinci berkaitan cadangan pelarasan kadar tarif air bagi pengguna domestik di negeri itu.

COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri
Rakyat tidak perlu bimbang atau panik kerana Jabatan Kesihatan Melaka sentiasa memantau situasi terkini kes COVID-19 di negeri itu.

Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.