Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker perlu memikirkan cara terbaik untuk parti itu menarik pengundi Cina di bandar daripada terus menuduh UMNO hanya menjadi 'jaguh di kampung'.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, Lian Ker seolah-olah terlupa jasa UMNO yang banyak menyumbang kerusi kemenangan kepada MCA pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas.
"Sekali lagi saya lihat Lian Ker tidak menghargai sokongan masyarakat luar bandar di mana rata-rata merupakan penyokong kuat Barisan Nasional (BN) bukan hanya pada UMNO malah menyumbangkan kerusi kemenangan pada MCA sendiri termasuk Presiden MCA.
"Lian Ker, tolong jangan emosi dan nampak kebodohan dalam memberikan pandangan politik. Nyata kamu tidak memahami apa maksud setiakawan dalam BN.
"Gerak kerja UMNO bukan sahaja buat masyarakat luar bandar, malah banyak program UMNO juga ditumpu di kawasan bandar. Bila MCA mahu tarik pengundi di bandar?
"Seperti mana yang kita tahu, peratusan pengundi Melayu di bandar adalah kecil jika dibandingkan peratusan pengundi Cina. Walaupun peratusan pengundi melayu kecil di bandar, UMNO tidak pernah meninggalkan kepentingan masyarakat Melayu bandar atau masyarakat Cina," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Jangan tuduh KJ guna taktik politik kuno - Armand
Armand mengulas kenyataan Lian Ker di sebuah portal berita yang menyifatkan kecenderungan UMNO untuk menjadi jaguh kampung menyebabkan kekalahan BN di kawasan bandar.
Kata Lian Ker, tidak guna jika BN terus menjadi wira kampung, bersorak di luar bandar tetapi terpaksa menggadai kerusi bandar sebagai balasan.
Jelas Armand, sentiasa kukuh dalam perjanjian setiakawan BN selain menghormati rakan komponennya.
"Boleh dikatakan pada masa BN memerlukan kekuatan perpaduan, UMNO sentiasa menghulurkan tangan untuk bersama-sama menghadapi apa jua keadaan.
"Jika Lian Ker boleh keluar daripada pemikiran denial syndrome, mungkin dia akan nampak UMNO tidak pernah meninggalkan pengundi-pengundi bandar.
"UMNO konsisten dalam program-program baharu, khususnya bagi masyarakat bandar, tanpa mengira kaum atau agama," jelasnya.
Dalam pada itu, Armand turut menasihati Lian Ker agar memikirkan cara terbaik untuk MCA meraih sokongan masyarakat Cina khususnya di bandar.
"Cara Lian Ker menunding jari mencari kesalahan khususnya UMNO dilihat cetek akal dan tidak matang.
"UMNO sebuah parti yang berpegang pada konsep asas iaitu Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat yang konsisten dalam gerakan politik khidmat bakti.
"UMNO sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan, cadangan, kritikan dan idea untuk terus maju demi rakyat," katanya.
Armand turut meminta Lian Ker memahami maksud dan perlembagaan BN sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur emosi.
Wan Syamsul Amly
Sat Sep 10 2016
![Bila MCA mahu tarik pengundi di bandar? - Armand Bila MCA mahu tarik pengundi di bandar? - Armand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468138770_Armand.jpg)
Armand (gambar) meminta Ti Lian Ker memikirkan cara terbaik untuk parti itu menarik pengundi Cina di bandar daripada terus menuduh UMNO hanya menjadi 'jaguh di kampung'. -Gambar fail
Dua lelaki rusuh bersenjata depan pusat hiburan didakwa
Agilan Gunasegaran, 26, dan Anbu Selvan Ganesan, 19 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil tindakan dalam rusuhan tersebut.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.
Tumpuan Selasa – 11 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739202940_TBAnwarIbrahim.jpg)
Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.
![Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739194644_ElonMuskCFPB.jpg)
Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan
Ibu pejabat Biro Perlindungan Kewangan Pengguna AS (CFPB) di Washington akan ditutup dari Isnin hingga Jumaat.
![Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739199991_TBNaomiCampbell.jpg)
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda peragaan itu di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
![KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189867_RampasanArakTirua.jpg)
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![Kumpulan Gigi janji aksi lebih 'nakal' di pentas Kumpulan Gigi janji aksi lebih 'nakal' di pentas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666064626_kumpulanGiGi.jpg)
Kumpulan Gigi janji aksi lebih 'nakal' di pentas
Selepas 14 tahun, kumpulan Gigi bakal kembali menemui peminat mereka di Kuala Lumpur.
![Bukan tak sayang, saya pun pernah tertinggal anak di kedai - Aishah Bukan tak sayang, saya pun pernah tertinggal anak di kedai - Aishah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560264159_Aishahakuipernaht.jpg)
"Bukan tak sayang, saya pun pernah tertinggal anak di kedai" - Aishah
Dia sendiri secara tidak sengaja pernah tertinggal anaknya di sebuah kedai tidak lama dahulu kerana salah faham.
!['Tidak molek UMNO serang Ahmad Husni' - Armand 'Tidak molek UMNO serang Ahmad Husni' - Armand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468138770_Armand.jpg)
'Tidak molek UMNO serang Ahmad Husni' - Armand
Semua pihak dalam UMNO diminta tidak menyerang Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dengan tohmahan yang akhirnya memberi kesan negatif kepada parti.
!['Berhimpun boleh, tapi ikutlah akta' - Armand 'Berhimpun boleh, tapi ikutlah akta' - Armand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71474720916_AliTinju.jpg)
'Berhimpun boleh, tapi ikutlah akta' - Armand
Rakyat perlu patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 yang menjamin hak bersuara mengikut saluran sesuai di samping sentiasa memastikan ketenteraman awam tidak terjejas.
![Penasihat undang-undang antarabangsa Anwar cari simpati murahan - Armand Penasihat undang-undang antarabangsa Anwar cari simpati murahan - Armand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468138770_Armand.jpg)
Penasihat undang-undang antarabangsa Anwar cari simpati murahan - Armand
Motley sengaja mencari simpati rakyat negara ini ketika mendapatkan penjelasan daripada KDN apabila tidak dibenarkan bertemu bekas ketua pembangkang itu di Penjara Sungai Buloh.
![Bila MCA mahu tarik pengundi di bandar? - Armand Bila MCA mahu tarik pengundi di bandar? - Armand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468138770_Armand.jpg)
Bila MCA mahu tarik pengundi di bandar? - Armand
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker perlu memikirkan cara parti itu menarik pengundi Cina di bandar daripada terus menuduh UMNO hanya menjadi 'jaguh di kampung'.
![Jangan tuduh KJ guna taktik politik kuno - Armand Jangan tuduh KJ guna taktik politik kuno - Armand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468138770_Armand.jpg)
Jangan tuduh KJ guna taktik politik kuno - Armand
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dinasihatkan tidak menuduh taktik politik Khairy Jamaluddin sebagai cara lama dan tidak diterima kaum lain.
![#TangkapMO1: 'Pembangkang jadikan mahasiswa keldai politik' - Armand #TangkapMO1: 'Pembangkang jadikan mahasiswa keldai politik' - Armand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468138770_Armand.jpg)
#TangkapMO1: 'Pembangkang jadikan mahasiswa keldai politik' - Armand
Pembangkang menjadikan mahasiswa keldai politik apabila menghasut golongan itu untuk menyertai himpunan Protes 'Tangkap Malaysian Official 1' (#TangkapMO1) di sekitar ibu negara pada Sabtu.
!['Peremajaan kunci UMNO rampas semula Selangor' - Armand 'Peremajaan kunci UMNO rampas semula Selangor' - Armand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468138770_Armand.jpg)
'Peremajaan kunci UMNO rampas semula Selangor' - Armand
UMNO Selangor perlu yakin kepada usaha peremajaan parti untuk memastikan kemenangan berpihak semula kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
![Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51459603531_AzwanBro.jpg)
Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO hairan dengan sikap membisu Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.