Barisan Nasional (BN) perlu menampilkan imej yang lebih segar dan tidak boleh dipandang sebagai parti untuk orang lama sahaja, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata sehubungan itu setiap calon daripada BN yang akan dipilih pada pilihan raya umum (PRU) akan datang perlulah dilihat sebagai yang mampu mewakili bukan sahaja generasi muda, malah semua lapisan rakyat.
"Kena ada barisan calon yang mewakili semua generasi, kita tak mahu ada imej macam PRU lepas, BN ni parti lama. Parti yang tak nampak imej yang segar, parti "jurassic", kena tunjuk kita parti masa depan TN50 bukan dah parti 1957," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Permatang Pauh Fellowship Ride di Permatang Pauh dekat sini, hari ini.
Ditanya mengenai pemilihan calon di kalangan Pemuda, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi parti, namun tetap berharap lebih ramai calon muda akan bertanding pada PRU akan datang.
"Sebab kita melihat golongan pengundi muda semakin ramai dan mereka mengharapkan calon muda," katanya.
Khairy berkata seperti mana Wanita UMNO yang mahukan 30 peratus calon dipilih dalam kalangan mereka, Pemuda juga berharap agar 30 peratus calon termasuk wanita dan lelaki muda akan terpilih sebagai calon pada PRU akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2017
Khairy berkata setiap calon daripada BN yang akan dipilih pada pilihan raya umum (PRU) akan datang perlulah dilihat sebagai yang mampu mewakili bukan sahaja generasi muda, malah semua lapisan rakyat. - Gambar fail
Kolaborasi sektor swasta penting untuk capai karbon sifar 2050
Kerjasama sektor swasta adalah penting kepada komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050.
Banjir: Mangsa di empat negeri bertambah, Johor pulih
Situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terus memburuk dengan pertambahan mangsa malam ini.
Penubuhan SFZ di Pulau Pinang masih dikaji, rangka kerja akan dibentang kepada MMK - Chow
Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Johor perhalusi cadangan safari malam di Zoo Johor
Kerajaan Johor sedang memperhalusi cadangan untuk membuka Safari Malam di Zoo Johor berikutan sambutan baik sejak pembukaan semula zoo berkenaan pada 31 Ogos lepas.
Parlimen Lubnan akan pilih presiden pada Januari
Speaker Parlimen Lubnan Nabih Berri menetapkan 9 Jan sebagai tarikh sesi bagi ahli parlimen memilih presiden baharu negara itu.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Negeri Sembilan komited bangunkan petak pengecasan EV
Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk membangunkan petak pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negeri ini.
PM sifatkan pemimpin guna sentimen perkauman sebagai golongan dangkal
Perdana Menteri berkata golongan ini turut mencerminkan sikap mereka yang berfikiran sempit dan berniat untuk menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
13 murid alami keracunan makanan
Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah itu.
Kos keseluruhan pembesaran LTAPP dianggar RM1.55 bilon, hampir keseluruhan dibiayai MAHB
Kos keseluruhan bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dianggarkan RM1.55 bilion dengan hampir keseluruhannya akan dibiayai melalui inisiatif pembiayaan swasta.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.