Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengakui antara kesilapan besar pentadbiran di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 baru-baru ini adalah keengganan mengakui wujudnya masalah besar dalam parti UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Dalam temu ramah dengan Channel NewsAsia, kata Khairy, kegagalan bercakap benar demi melindungi pucuk pimpinan parti adalah sesuatu yang akan dikesali seumur hidupnya.
"Kami abaikan semua petanda yang diberi rakyat. Kami tidak sanggup ambil risiko dan akhirnya kami terpaksa tanggung akibatnya.
"Selepas penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, tiada siapa mahu mengakui yang kami memang ada masalah besar," katanya.
Muhyiddin, yang dinamakan Menteri Dalam Negeri oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan Shafie yang baru mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, disingkirkan dari Kabinet selepas secara terbuka mengkritik Najib berkenaan isu 1MDB.
Enggan meletakkan kesalahan seratus peratus ke atas kepimpinan Najib, Khairy sebaliknya mahu setiap anggota parti bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan pertama Barisan Nasional selepas 61 tahun.
"Kekalahan ini bukan sahaja penolakan rakyat terhadap Najib tetapi juga BN dan UMNO. Menerima hakikat itu membolehkan kita membina semula parti," ujar bekas Menteri Belia dan Sukan ini.
Ditanya bagaimana BN sebagai pembangkang mahu berdepan dengan Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal dibebaskan dalam masa terdekat, ini jawapan Khairy.
"Kami perlu bersedia, kerana kami akan berhadapan dengan dua 'gergasi' politik.
"Jika dibandingkan dengan mereka, saya umpama 'semut'. Peranan utama adalah memastikan pembangkang dapat melaksanakan tugas dengan kredibiliti dan bersuara demi rakyat," katanya.
Madiha Abdullah
Tue May 15 2018
Kata Khairy, kegagalan bercakap benar demi melindungi pucuk pimpinan parti adalah sesuatu yang akan dikesali seumur hidupnya.
10 Berita Pilihan - (21 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera
Arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut, bagi memastikan kes itu benar-benar mendapat keadilan.
AWANI Ringkas: Petronas dan Petros | Gangguan seksual
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Arab Saudi pernah beri amaran kepada Jerman mengenai suspek insiden Magdeburg
Arab Saudi pernah meminta ekstradisi suspek yang dikenali sebagai Taleb A., tetapi Jerman tidak memberi sebarang maklum balas.
AWANI 7:45 [21/12/2024] – Tatakelola dan kebajikan penjawat awam | Hormati kontrak | Gugat maruah Universiti Malaya | 16,420 mangsa
PM yakin menang pilihan raya umum, kalau tempoh terdekat.
Jaminan penyelesaian cara baik Petronas dan Petros.
Universiti Malaya serius dakwaan gangguan seksual, kajian perlu sahih.
Lebih 3,000 insiden laut, tempoh 18 tahun.
Jaminan penyelesaian cara baik Petronas dan Petros.
Universiti Malaya serius dakwaan gangguan seksual, kajian perlu sahih.
Lebih 3,000 insiden laut, tempoh 18 tahun.
Agenda AWANI Asia: Menjana Potensi Pasaran Pelancongan
Diskusi mengenai trend dan strategi meningkatkan daya saing sektor pelancongan dalam Agenda AWANI ASIA 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN 2025 | Misteri kucing mati
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Khidmat peguam terlalu mahal
Tiga tahanan wanita rakyat Malaysia yang menjalani tahanan di Penjara Narathiwat, Thailand, tertekan ketika awal menjalani perintah reman.
Namun selepas lebih seminggu, semua tahanan dapat menerima hakikat.
Namun selepas lebih seminggu, semua tahanan dapat menerima hakikat.
Khidmat peguam terlalu mahal lebih 1.3 juta bath
Artis wanita terkenal Kelantan, terkejut apabila mengetahui tawaran khidmat guaman dari peguam Thailand mencecah lebih 1.3 juta bath.
PDRM tak gentar, terus tingkat penguatkuasaan di Sungai Golok
Tindakan yang dilakukan adalah berlandaskan undang-undang dan menjadi tugas PDRM untuk memastikan rakyat mematuhi perkara itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.