Kolokium Manifesto Orang Muda akan menghimpunkan pimpinan muda dalam Barisan Nasional (BN) Sabah bagi membincangkan dan merumuskan syor serta cadangan yang bakal diangkat untuk pertimbangan kepimpinan parti dan kerajaan.
Ketua Sekretariat Kolokium Manifesto Orang Muda, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia sekali gus himpunan untuk menggubal Manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah dan Puteri UMNO Sabah akan bekerjasama menyelaraskan penganjuran yang bakal diadakan pada 17 Januari ini di Hotel Tabung Haji (TH) Kota Kinabalu, Sabah.
"Rumusan Kolokium Manifesto Orang Muda ini meliputi syor dan cadangan untuk dipertimbangkan dalam manifesto PRU14.
“Selain itu, ia juga akan menyentuh isu dan perkara yang melibatkan dasar dan program Kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Jelas Armizan, keputusan itu diperoleh selepas mempengerusikan mesyuarat penganjuran kolokium itu di Bangunan UMNO Sabah pada Jumaat.
Turut hadir pada mesyuarat itu, Setiausaha Pemuda BN Sabah, Jasnih Daya, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Negeri, Mohd Bahrin Abd Karim, Penolong Bendahari Puteri UMNO Sabah, Salmie Sarinoh dan pemimpin pemuda parti-parti komponen BN Sabah.
Armizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMMO Bahagian Papar berkata, Kolokium Manifesto Orang Muda itu merupakan sebahagian daripada siri interaksi sayap-sayap Pemuda BN dan Puteri UMNO Sabah dengan generasi muda di pelbagai peringkat untuk mendengar dan membawa aspirasi mereka kepada pimpinan parti dan kerajaan.
"Kolokium ini juga merupakan kesinambungan dari Siri Dialog TN50 Negeri Sabah yang dipelopori Pengerusi Pemuda BN Sabah, Yamani Hafez Musa yang juga Pengerusi Kolokium Manifesto Orang Muda.
"Dalam kolokium yang akan berlangsung selama sehari itu, para pemimpin muda dari semua parti Komponen BN Sabah akan membawa suara dan aspirasi orang muda melalui siri interaksi akar umbi yang masing-masing telah laksanakan sebelum ini.
“Syor dan cadangan yang dikumpulkan melalui enam Siri Dialog TN50 negeri Sabah setakat ini juga akan diperhalusi dan dirumuskan dalam kolokium ini.
"Siri Dialog TN50 bersama Hafez Musa telah berlangsung di daerah Ranau, Kota Marudu, Kadamaian, Sandakan, Long Pasia dan UiTM Sabah serta akan diteruskan ke beberapa daerah lain pada tahun 2018,'' tambahnya.
Armizan berkata, pada masa yang sama, Jawatankuasa Penganjur Kolokium turut membuka ruang kepada seluruh generasi muda di Sabah mengemukakan aspirasi mereka untuk dibawa ke dalam sesi percambahan fikiran kolokium itu.
"Syor dan cadangan boleh dikemukakan kepada sayap-sayap Pemuda BN dan Puteri UMNO Sabah atau terus di dalam Iaman Page Facebook PPUN Sabah atau Hafez Musa sendiri.
“Sesungguhnya, suara dan pandangan orang muda adalah amat dihargai dan menjadi keutamaan”, tegasnya.
Astro Awani
Fri Jan 12 2018
ARMIZAN: Rumusan Kolokium Manifesto Orang Muda ini meliputi syor dan cadangan untuk dipertimbangkan dalam manifesto PRU14. - Gambar fail
Indonesia rancang kenalkan pertanian efisien air untuk tingkatkan pengeluaran padi
Teknik IPHA adalah kaedah penanaman padi yang menitikberatkan pengurusan tanaman, air dan tanah secara berkesan dan efisien.
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.
KADA terima peruntukan RM20 juta baiki infrapertanian terjejas banjir
Khalid berkata antara kerosakan yang dikenal pasti termasuk kerosakan pintu kawalan air di Pasir Mas dan Pasir Puteh.
JPS bina tiga DSK di Melaka libatkan peruntukan RM1.5 juta
Pembinaan DSK itu bertujuan untuk memelihara dan memulihara sungai, selain mengatasi masalah banjir.
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
Skuad Insan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014 - Ewon
PERNAS agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
SKAS guna kaedah S Pay pastikan penerima belanja untuk keperluan asas - Abang Johari
Penggunaan aplikasi e-dompet S Pay untuk menyalurkan SKAS bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan.
Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Kerajaan perkenal semula zon khas jual barangan tanpa subsidi di kawasan sempadan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah itu bertujuan mengurangkan penyeludupan barangan bersubsidi ke negara jiran.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
Tan Sri ldrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 25 Nov.
Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan
Sebanyak 2,206 kes berkaitan salah guna barang kawalan diesel dicatatkan sejak Januari 2022 hingga Oktober lalu.
KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bermula hari ini sejajar pelaksanaan SSPA
KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan dalam Op Tiris 3.0 - Armizan
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
KPDN lantik lebih 2,000 peruncit, pemborong untuk pastikan bekalan hadapi MTL
Langkah itu antara pelan kontingensi banjir bagi memastikan bekalan keperluan mencukupi, mudah diperoleh serta dijual pada harga ditetapkan.
Sindiket minyak masak subsidi tumpas, 15 ditahan di Selangor
Sejumlah 14,340 kg minyak masak bersubsidi disita, ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container.
Naikkan harga makanan 5 peratus, KPDN panggil Persatuan Usahawan India Muslim Johor esok
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata,pihaknya sudah mengeluarkan notis dibawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Antipercatutan 2011(AKHAP 2011) kepada persatuan itu.