Rakyat dinasihati supaya memilih pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir negara dan bukannya pemimpin ''syok sendiri'' sehingga sanggup mencalonkan diri sendiri untuk menjadi perdana menteri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam keadaan UMNO dan Barisaan Nasional (BN) yang terus konsisten menabur jasa kepada rakyat, pembangkang pula semakin bercelaru dan tidak mampu membela nasib rakyat.
"Tiada siapa yang berhak menjadi perdana menteri melainkan melalui proses pilihan raya. Dalam sistem demokrasi berparlimen, parti yang banyak memenangi kerusi yang layak membentuk kerajaan dan menjadi perdana menteri.
"Tidak boleh tawar diri sendiri untuk jadi perdana menteri seperti yang berlaku dalam pembangkang. Perdana menteri sejak merdeka adalah Presiden UMNO sebab UMNO yang paling banyak kerusi di Parlimen," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Menteri Bersama Kepimpinan Akar Umbi UMNO Negeri Perlis yang dihadiri 3,000 anggota parti di Dewan 2020 di sini, hari ini.
Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Bersama Kepimpinan Akar Umbi UMNO Negeri Perlis di Dewan Wawasan 2020 hari ini. - Foto Bernama
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Jawatankuasa MIC Perak baharu bakal jana transformasi politik, pembangunan - Ramasamy
Ramasamy turut komited dalam menawan kepercayaan masyarakat terhadap parti itu serta Barisan Nasional.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
[TIDAK RASMI] BN menang di PRK Mahkota
Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh kedudukan selesa mengatasi pencabarnya dari PN.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.