Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam nada sinis hari ini menyifatkan kedudukan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, ketika ini ‘setaraf’ dengan dirinya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin DAP terbabit terhadapnya yang dikatakan sering membuat keputusan secara berseorangan.
"Di masa depan (nanti) apabila saya nak buat keputusan saya tanya (dahulu) boleh atau tidak (kepada) Santiago, boleh atau tidak boleh buat.
“Kalau boleh dapat pandangan dia, (bermakna) dia setaraf dengan saya," katanya secara sinis.
Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Dan Penyerahan Daging Korban peringkat DUN Ayer Hangat di Masjid Al-Hana, Padang Matsirat pada Isnin.
BACA: Tun Mahathir tidak boleh terus buat keputusan sendirian - Charles Santiago
Hari ini, Santiago dalam satu catatan di laman Facebook rasminya, berkata situasi sekarang menunjukkan seolah-olah Dr Mahathir bertindak sendirian, walaupun datang dari parti yang dikira minoriti dalam Pakatan Harapan.
Tambahnya, sudah tiba masanya untuk menilai kembali proses membuat keputusan di kalangan Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Abd Hadi Che Awang
Mon Aug 12 2019

TUN MAHATHIR: Kalau boleh dapat pandangan dia, (bermakna) dia setaraf dengan saya. - Gambar fail/Astro AWANI

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Parlimen bubar: Saman Charles kini akademik, SPR umum PRU15 pada 19 Nov - Peguam
Tuntutan saman oleh penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembubaran Parlimen ke-14 kini bersifat akademik.

SPRM buka kertas siasatan dakwaan penyelewengan dana Mitra
SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana di bawah agensi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

HTAR dijangka terima lebih banyak peralatan, pakar - Ahli Parlimen Klang
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, dijangka menerima lebih ramai pakar dan peralatan perubatan termasuk oksigen serta mesin ventilator.

Bekas presiden UMANY dihadapkan ke mahkamah
Wong Yan Ke, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.

Charles Santiago kini setaraf dengan sayakah? - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam nada sinis hari ini menyifatkan kedudukan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, ketika ini 'setaraf' dengan dirinya.

Tun Mahathir tidak boleh terus buat keputusan sendirian - Charles Santiago
Seolah-olah Dr Mahathir bertindak sendirian, walaupun datang dari parti yang dikira minoriti dalam Pakatan Harapan, kata Santiago.