Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong diberi amaran tidak mempertikai hampir 1,079 anggota tentera yang bakal menduduki kem tentera baharu yang bakal siap hujung tahun ini di Segamat.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, Chin Tong kini seolah-olah sengaja menimbulkan persepsi kem itu membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Berkenaan dengan soal kem askar di Segamat seperti dibangkitkan, saya minta Chin Tong berhenti berkhayal dengan tuduhan berkaitan pembinaan kem tersebut.
"Saya cukup tidak faham kaitan kem tentera dan pilihan raya. Dia cuba menimbulkan persepsi bahawa kewujudan kem itu akan membantu BN pada pilihan raya nanti.
"Adakah dia tidak tahu bahawa tugas tentera adalah untuk mempertahan negara dari ancaman musuh?" katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Chin Tong semasa membahas Ucapan Parlimen mengenai Bajet 2018 (Bahagian II) meminta Kementerian Pertahanan memberi penjelasan sama ada pembinaan Kem Tentera Segamat di negeri Johor dibuat atas pertimbangan strategi pertahanan negara atau semata-mata untuk mempertahankan kepentingan politik dan pilihanraya bagi parti kerajaan.
Empat kem tentera baharu bakal dibina dan siap pada hujung tahun ini.
Selain Segamat, ia juga akan dibina di Hutan Melintang, Perak, Bera di Pahang dan Pagoh di Johor.
Pembinaan kem tentera baharu ini juga sebagai salah satu langkah kerajaan bagi menambah kedudukan strategik aset pertahanan.
Ia juga berkait rapat dengan faktor kedudukan kem di lokasi-lokasi sedia ada didapati tidak lagi sesuai kerana berada di tengah-tengah kawasan pembangunan selain melibatkan kos penyelenggaraan tinggi.
Dalam pada itu Bastien meminta Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP itu untuk berhenti memperlekehkan perajurit-perajurit negara selain tidak melibatkan mereka dalam politik dan tuduhan seumpama itu.
"Kalau hendak menang di Segamat dia perlu kerja kuat, kami tunggu. Ini belum lawan sudah mencari alasan kalah.
"Dia akan terus dalam dunianya daan bila tewas nanti akan menggunakan alasan kewujudan kem tentera berkenaan.
"Kalau kamu tidak suka perwira negara tidak apa tetapi jangan babitkan mereka dalam permainan politik terdesak begini.
"Kami di Segamat menyambut baik dan amat gembira dengan pembinaan kem tentera ini. Sesungguhnya kami akan berasa selamat dengan kehadiran perajurit ini di sini," ujarnya.
Bastien turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di atas pembinaan kem berkenaan.
Dalam pada itu, Bastien juga mahu tahu perasaan Chin Tong terhadap kewujudan kem tentera di Kluang.
"Di kawasan dia juga ada kem tentera, apakah perasaan Chin Tong? Tentera ini merupakan perajurit yang melindungi kamu, adakah kewujudan mereka tidak diundang d Kluang?
"Bagaimana pula mereka yang di Pagoh? Jangan lupa perajurit-perajurit sekalian, kita ada wakil pembangkang yang tidak selesa dengan kehadiran kamu rasanya," tegasnya.
Bastien juga mahu Chin Tong berhenti memberi alasan awal dan menyebar persepsi kekalahan wakil mereka di Segamat kepada Datuk Seri Dr. S. Subramaniam kerana kehadiran tentera ini.
"Adakah nasib pembangkang sudah tertilik? Chin Tong sendiri harus sedar pengundi-pengundinya di Kluang amat merindukan kehadiran dan khidmatnya selaku wakil rakyat.
"Apabila saya berbual dengan belia-belia dari kawasannya, mereka kerap bertanya tentang kehadirannya yang langsung tiada bayang," jelasnya.
Astro Awani
Wed Nov 01 2017

BASTIEN: Kalau Chin Tong tidak suka perwira negara tidak apa tetapi jangan babitkan mereka dalam permainan politik terdesak begini. - Gambar fail

LKAN 1/2025: Nilai semula kadar elaun Ahli Lembaga, KPI syarikat subsidiari - Penganalisis
Teguran yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025, perlu disusuli dengan tindakan penilaian semula operasi syarikat-syarikat subsidiari dan agensi-agensi kerajaan dengan segera.

LKAN 1/2025: Jangan rasionalisasi subsidi rakyat sahaja, agensi rugi juga perlu ditarik dana - Penganalisis
Usaha kerajaan untuk memastikan perbelanjaan dana awam yang lebih hemat dan bersasar tidak boleh hanya digalas oleh orang awam semata-mata.

Lumpuh akibat dihempap bas, bekas mekanik kini ubah suai kerusi roda untuk OKU
Mohd Rosdi Osman, 61, kini terpaksa bergantung sepenuhnya pada kerusi roda untuk melakukan rutin harian.
AWANI 7:45 [25/2/2025] – Bantu 400,000 keluarga miskin | Peringatan Sultan Nazrin | Untung RM55 bilion | Bahaya di jalan raya, halang polis
- 24 juta kampit beras putih tempatan 10kg untuk keluarga miskin
- Jangan salah guna masjid, jangan fitnah dan sebar dakyah politik
- Petronas untung RM55 bilion, susut 32 peratus
- Kelantan kembali dilanda bah, Tanah Merah terjejas
- Jangan salah guna masjid, jangan fitnah dan sebar dakyah politik
- Petronas untung RM55 bilion, susut 32 peratus
- Kelantan kembali dilanda bah, Tanah Merah terjejas

Selangor keluar garis panduan permudah, seragam pendaftaran taska Julai ini
Garis panduan bagi menyeragamkan dan memudah cara pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (taska) di Selangor akan dikeluarkan pada Julai depan.

PM Anwar tiba di Hanoi untuk lawatan kerja dua hari ke Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam ini untuk lawatan kerja dua hari ke Vietnam dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, esok.

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global. Pad
Agenda AWANI: Tumpuan laporan Ketua Audit Negara
Apa tambah baik dalam soal pengurusan kewangan dan tatakelola wang awam agensi Persekutuan susulan Laporan Ketua Audit Negara 1 2025 supaya kesalahan sama tidak berulang? Diskusi bermula 8.30 malam.
Agenda AWANI: Tumpuan laporan Ketua Audit Negara
Apa tambah baik dalam soal pengurusan kewangan dan tatakelola wang awam agensi Persekutuan susulan Laporan Ketua Audit Negara 1 2025 supaya kesalahan sama tidak berulang? Diskusi bermula 9.00 malam.

Pengesahan 18 PED, nilai semula Pelan AEC antara tumpuan penting AEM Ke-31 - MITI
Pemukiman AEM Ke-31 pada Jumaat ini di Desaru, dijangka menyaksikan semua negara anggota mengesahkan 18 PED dan menilai semula kemajuan AEC 2026-2030.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.