“AKU curi. Apa nak malu.
Apatah lagi aku boss kamu.”
Tiga ayat itu sebagai pembuka bicara tulisan terbaharu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya, chedet.cc.
Tulisannya ringkas, namun mesej di sebalik artikel bertajuk ‘Budaya Baru’ dilihat penuh sindiran.
Beliau dipercayai menyindir kempen #MaluApaBossku yang giat dijalankan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berdepan dengan pelbagai kes pendakwaan dan pertuduhan ketika ini.
“Tak perlu kamu malu kerana boss kamu mencuri.
“Sikit-sikit kamu juga boleh dapat duit yang dicuri. Nak malu apa. Bossku,” sindir Dr Mahathir.
Dalam tulisan itu, beliau turut menyentuh budaya baharu orang Melayu iaitu memuja kleptokrat.
“Lebih banyak yang dicuri lebih mulia. Digelar kleptokrat adalah puji-pujian,” kata beliau.
Berikut ialah tulisan penuh Dr Mahathir di blognya.
Aku curi. Apa nak malu.
Apatah lagi aku boss kamu.
Tak perlu kamu malu kerana boss kamu mencuri.
Sikit-sikit kamu juga boleh dapat duit yang dicuri.
Nak malu apa. Bossku.
Bangsaku tak perlu malu.
Curilah…
Lebih banyak yang dicuri lebih mulia.
Digelar kleptokrat adalah puji-pujian.
Ayuh bangsaku. Mari kita curi supaya boleh jadi boss.
Astro Awani
Fri Mar 22 2019
Dr Mahathir dipercayai menyindir kempen #MaluApaBossku yang giat dijalankan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -Gambar fail
Cuaca buruk, salji lebat, lebih 200 penerbangan ditangguhkan
Cuaca buruk dan salji lebat menyebabkan lebih 200 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ditangguhkan, termasuk penerbangan wartawan Astro AWANI yang membuat liputan lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan sejak Ahad lalu.
Pengganas paling dikehendaki FBI ditahan selepas 20 tahun melarikan diri
Seorang aktivis haiwan yang tersenarai dalam senarai pengganas paling dikehendaki oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berjaya ditahan di Wales selepas melarikan diri selama lebih 20 tahun.
Pilkada 2024 satu atau dua putaran di Jakarta?
Wartawan Kanan Kompas TV, Sadryna Evanalia memberikan analisis terkini Pilkada 2024 di Indonesia.
Permukaan Stadium Hoki Nasional tidak rosak - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan tiada sebarang kerosakan pada permukaan Stadium Hoki Nasional setakat ini walaupun turut menjadi venue penganjuran konsert.
Hujan lebat berterusan, Terengganu kembali dilanda banjir
Firdaus Azil meninjau situasi di Terengganu selepas negeri itu dilanda semula banjir susulan hujan lebat berterusan.
[TERKINI] Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan Faisal Halim
Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya tiada sebarang keputusan daripada siasatan kes serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Peningkatan drastik jumlah mangsa banjir di Kelantan
Wakil Astro AWANI, Muhafandi Muhamad membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Kelantan yang menyaksikan peningkatan mendadak sejak semalam susulan hujan lebat berterusan.
Operasi Kita Gempur: KPDN kesan peniaga sorok bekalan minyak masak peket
Tindakan peniaga menyorokkan bekalan minyak masak peket bersubsidi adalah antara kesalahan yang dikesan dalam Operasi Kita Gempur.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Durian Runtuh
AWANI Ringkas: Mahkamah | Durian Runtuh
Ibu sarat mengandung redah banjir elak terperangkap
Meredah banjir sebanyak tiga kali sebelum menaiki bot dan lori itu cabaran yang terpaksa ditempuhi seorang wanita yang sarat mengandung bagi menggelakkan terperangkap dalam banjir.
'Curilah, malu apa bossku!' - sindiran Tun Dr Mahathir
Tulisannya ringkas, namun mesej di sebalik artikel bertajuk "Budaya Baru" dilihat penuh sindiran.