Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan kesediaannya untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan memiliki wang tunai bernilai RM230 juta pada tahun 1996.
TPM Ahmad Zahid berkata beliau yang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO ketika itu menegaskan beliau tidak memiliki sebarang jawatan dalam kerajaan dan merupakan ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang korporat.
BACA: Dakwaan jatuhkan PM Najib, polis akan panggil Dr Mahathir
Justeru, katanya, tidak menjadi kesalahan sekiranya beliau memiliki wang, dan sebarang harta yang dimilikinya ketika itu diperoleh dengan cara halal dan tidak melanggar undang-undang.
“Beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad) minta saya declare harta saya, ketika itu saya pemuda UMNO tidak ada jawatan dalam kerajaan. Saya ahli perniagaan ketika itu dan diberi peluang menjadi CEO sebuah syarikat tersenarai. Saya juga jadi pengerusi tiga lagi syarikat.
“Jawatan kerajaan saya cuma pengerusi BSN, itu saja. Kalau betul pun saya beroleh harta sebanyak itu dan bukan wang tunai, adalah tidak salah untuk saya berniaga kerana saya bukan pemegang jawatan atau anggota pentabiran dalam kerajaan,” kata Ahmad Zahid.
Justeru, beliau tidak gentar malah sedia menawarkan diri untuk disiasat oleh SPRM bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.
Pada masa sama, beliau juga mencabar Dr Mahathir agar menerima siasatan yang sama berhubung kekayaan beliau dan ahli keluarganya.
“Beliau mahu SPRM menyiasat kononnya saya ada wang tunai sebanyak itu. Saya dengan terbuka hati menawarkan diri untuk disiasat SPRM demi membetulkan persepsi dan pembohongan yang dilakukan oleh orang itu.
“Pada masa sama, saya minta juga supaya aset beliau dan keluarga beliau disiasat oleh SPRM. Ini bukan cabaran, cuma minta.
“Kalau hang bagi satu, aku bagi satu; hang bagi dua, aku bagi dua. Itu baru namanya transparent,” tambah TPM Ahmad Zahid.
TPM Ahmad Zahid berkata demikian dalam ucapannya pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling 2017 di Dewan Kompleks Rakan Muda Batu 42 Pulai, Baling pada Sabtu.
Baru-baru ini Tun Mahathir mendakwa TPM Ahmad Zahid memiliki wang sebanyak RM230 juta dalam akaunnya ketika mengisytiharkan hartanya pada tahun 1996.
Namun Tun Dr Mahathir mengakui tidak memiliki bukti terhadap dakwaan itu.
Astro Awani
Sat Aug 05 2017

TPM AHMAD ZAHID: Kalau hang bagi satu, aku bagi satu; hang bagi dua, aku bagi dua. Itu baru namanya transparent. -Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.