Pakatan pembangkang yang diketuai DAP hanya pandai menabur janji palsu dalam meraih sokongan pengundi terutama apabila menjelang musim pilihan raya, kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tindakan pakatan itu ibarat cakap tidak serupa bikin apabila menaburkan janji-janji manis kepada rakyat, namun gagal melaksanakannya apabila diberi peluang untuk memerintah.
"Rakyat sekarang sudah sedar. Lihatlah di Pulau Pinang jalan raya atau terowong yang tidak dibina pun dibayar RM200 juta, inilah contoh cakap tidak serupa bikin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Latihan Membaca dan Menulis Esei peringkat Sekolah Menengah di A' Famosa Resort di sini pada Rabu.
Program yang menghimpunkan sejumlah 230 guru bahasa Cina dari sekolah menengah kebangsaan di Melaka dan Johor bertujuan memantapkan penguasaan terhadap bahasa berkenaan selain memberi pendedahan kepada para peserta meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
Wee berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lepas yang meminta pengundi Cina di negara ini agar berhenti daripada terus menjadi mangsa penipuan DAP yang gagal menunaikan janji kepada rakyat.
Beliau berkata pembangkang diketuai DAP cuba mempersalahkan kerajaan pusat di mata rakyat apabila terpaksa menaikkan sesuatu kadar sebagai contoh tarif air atau elektrik, namun apabila pembangkang melakukan perkara yang sama di negeri ditadbir mereka, ia dilihat dalam konteks yang berlainan.
"Setiap kali ada kenaikan tarif air atau elektrik, macam-macam tuduhan dilemparkan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) tetapi apabila mereka lakukan perkara yang sama di Pulau Pinang, alasan digunakan mereka adalah bagi mendidik rakyat supaya tidak membazir.
"Tindakan mereka ini tidak konsisten, bila kerajaan buat mereka kutuk, bila mereka buat, alasan lain diberikan," katanya.
Sementara itu, Wee berkata masyarakat Cina kini dilihat semakin memberi sokongan kepada BN berdasarkan pada sambutan yang diterima setiap kali ceramah, malah berdasarkan maklum balas yang dilaksanakan MCA, mendapati berlaku pertambangan sokongan dalam kalangan pengundi Cina terhadap BN.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2017

Wee berkata masyarakat Cina kini dilihat semakin memberi sokongan kepada BN berdasarkan pada sambutan yang diterima setiap kali ceramah. - Gambar fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MMM bolehkan media di negara ini jalankan tugas lebih berkesan - Fahmi
Konsep kawal selia kendiri dalam RUU itu menjadi satu indikator bahawa industri media di negara ini adalah sihat.

Utusan Sarawak tamat era cetakan selepas hampir 80 tahun, beralih ke platform digital
Akhbar Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menghentikan penerbitan edisi cetak mulai esok selepas penerbitannya bermula pada tahun 1949.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mogok di Lapangan Terbang Munich jejaskan 80 peratus penerbangan
Syarikat penerbangan membatalkan 80 peratus penerbangan berjadual pada Khamis dan Jumaat.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.