Seperti mana DAP mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang, parti itu juga yakin dapat menawan kerajaan negeri Sarawak pada pilihan raya negeri yang akan datang, seawal-awalnya 2021.
Begitulah keyakinan yang dinyatakan Penasihat DAP Lim Kit Siang sekiranya DAP dapat menawan bukan sahaja kerusi bandar tetapi juga kerusi di kawasan pedalaman seperti Kapit, Pakan, malah Mulu dan juga Murum pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
"Sekiranya kami menang bukan sahaja di kerusi bandar seperti Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu tetapi juga di kawasan pedalaman seperti Kapit, Pakan, Semangan, Tasik Biru, Mambong, Serian, malah Mulu dan juga Murum, saya pasti keadaan ini dapat menyediakan DAP untuk mengambil alih kerajaan negeri Sarawak dalam PRN akan datang pada 2021, seperti mana DAP menawan kerajaan negeri Pulau Pinang dahulu," katanya kepada Astro AWANI selepas mengadakan ceramah di Rumah Panjang Empawi di sini pada Isnin.
Biarpun mengakui tidak dapat menafikan dua per tiga kerusi BN pada PRN kali ini, namun beliau tetap mensasarkan kemenangan sehingga 20 kerusi pada pilihan raya negeri kali ini.
"Pastinya secara ideal, kami ingin menafikan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem majoriti dua pertiga kerusi. Ini bermaksud kami perlu menawan 28 kerusi tetapi saya melihat itu adalah cabaran yang terlalu tinggi. Jadi saya berharap kita boleh menang sekurang-kurangnya 20 kerusi," katanya.
Sebelum ini Kit Siang, mendakwa selain mengekalkan 12 kerusi majoriti Cina yang dimenanginya pada PRN Sarawak 2011, DAP juga mampu menawan kerusi bukan lagi majoriti Cina malah etnik Dayak seperti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
Tan Su Lin
Tue May 03 2016
Sebelum ini Kit Siang, mendakwa selain mengekalkan 12 kerusi majoriti Cina yang dimenanginya pada PRN Sarawak 2011, DAP juga mampu menawan kerusi bukan lagi majoriti Cina. - Gambar fail
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.
PRK Mahkota: PH giat kempen tingkat kesedaran pengundi tunai kewajipan
Terdapat segelintir kecil penduduk tidak sedar PRK sedang berlangsung, menyebabkan jentera mereka membantu pengundi membuat semakan pusat mengundi.