Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat.
Beliau berkata setiap saat pemimpin parti itu hanya berfikir untuk mencari kelemahan orang lain berbanding kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang sepanjang masa mencari kaedah untuk mensejahterakan rakyat.
Sebagai contoh, Kurup berkata DAP menuduh beliau dan BN di kawasan Pensiangan menjadikan projek membaik pulih rumah rakyat termiskin sebagai usaha memancing undi.
"Itu tidak betul sama sekali dan segala tuduhan DAP itu umpama menangguk di air keruh semata-mata untuk mendapatkan keterusan politik mereka," katanya kepada pemberita selepas meninjau rumah-rumah yang dibaik pulih di Kampung Mapila, Kuala Biah, Mampulut dan Ansip di sini pada Sabtu.
Kurup berkata tuduhan tidak berasas dilemparkan DAP terhadap BN itu berniat jahat serta bertujuan menimbulkan kekeliruan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ingin saya jelaskan kepada anda (DAP) bahawa rumah-rumah di bawah program baik pulih yang anda dakwa sebagai tidak siap, dibuat secara ala kadar dan 'cincai', sebenarnya dalam proses pembinaan," katanya.
Beliau mengakui terdapat beberapa rumah yang lambat disiapkan kerana menunggu alat binaan, selain faktor jarak serta cuaca tidak menentu di kawasan pedalaman sejak kebelakangan ini.
Lidah rasmi DAP - Roket.com pada 8 Dis lalu mendakwa program baik pulih rumah yang dianjurkan BN Pensiangan dikatakan 'cincai dan ala kadar'.
"Dakwaan DAP itu semata-mata fitnah...sepanjang hari ini (Sabtu) saya membuat lawatan turun padang dengan melihat sendiri lapan buah rumah termasuk berjumpa dengan penerima yang didakwa DAP itu, dan mendapati rata-rata mereka berpuas hati...anda (DAP) sepatutnya melawat rumah-rumah yang telah siap," katanya.
Kurup yang juga Anggota Parlimen Pensiangan berkata, pemimpin DAP ketandusan modal politik sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempengaruhi rakyat dengan fitnah semata-mata untuk meraih simpati daripada pengundi di Pensiangan.
Beliau menasihatkan rakyat di kawasan Pensiangan supaya menjauhi dan menolak DAP yang disifatkannya sebagai 'sedang menyuntik fahaman politik sangat berbahaya' kepada rakyat di kawasan pedalaman Sabah khususnya di Pensiangan.
"Rakyat perlu menjauhi DAP...rakyat perlu menolak parti pemfitnah. Mari bersatu menyokong kerajaan BN yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2017
Kurup berkata tuduhan tidak berasas dilemparkan DAP terhadap BN itu berniat jahat serta bertujuan menimbulkan kekeliruan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.