Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid sudah aktif membantu parti sejak Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad menjadi Ahli Parlimen di kawasan berkenaan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, isu calon tempatan seharusnya tidak timbul oleh mana-mana pihak pada PRK kali ini.
"Ini bukan soal tempatan atau sebaliknya. Datin Mastura merupakan calon secara teknikal atau praktikalnya orang sini.
"Beliau bukan asing di sini. Beliau terlibat secara langsung sejak Datuk Wan menjadi Ahli Parlimen dan aktif sama dalam jawatan kuasa parti malah beliau juga pengundi di sini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dr Zambry merujuk kepada calon BN, Datin Mastura yang tidak dapat menyertai kempen pilihan raya itu kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami.
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian suami Mastura, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Dalam pada itu Dr Zambry berkata, BN sudah bersedia untuk menghadapi PRK pada 18 Jun ini.
"Saya tidak mahu komen tentang calon lain, paling penting komitmen calon kita daripada dulu lagi dia sudah menyumbang sebenarnya selama ini bersama suaminya. Dia bukan calon asing yang datang dari luar.
"Saya lihat setiap parti mula membuat persiapan awal mereka untuk menghadapi proses penamaan calon dan masing-masing sudah mula bergerak bertemu pengundi," jelasnya.
Sebelum ini, Mastura dilaporkan berkata, beliau sekadar penyambung kepada perjuangan serta memikul amanah untuk meneruskan khidmat bakti arwah suaminya kepada orang Kuala Kangsar.
Tambahnya, beliau memanjatkan doa agar sokongan orang Kuala Kangsar kepada parti dan arwah dapat diteruskan pada PRK yang bakal diadakan.
Wan Syamsul Amly
Fri Jun 03 2016
ZAMBRY: Datin Mastura merupakan calon secara teknikal atau praktikalnya orang sini (Kuala Kangsar).
Ringgit dibuka kukuh pada 4.35 berbanding dolar AS
Ringgit dibuka kukuh pada 4.35 berbanding dolar AS, mencecah hampir paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan.
Kencing Tikus: Taman Eko Rimba Sungai Tekala ditutup sementara
Taman Eko Rimba Sungai Tekala, Semenyih ditutup sementara selama lima hari bermula hari ini hingga 30 Ogos.
Tun M hadir hadir ke mahkamah kes saman Zahid isu kutty
Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang memakai kot berwarna hitam, turut ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Manfaat peralihan perdagangan global, adakah ini akan memacu imbangan dagangan Malaysia?
Prestasi eksport Malaysia yang kukuh pada bulan Julai mencerminkan bahawa negara ini sedang menikmati manfaat daripada pengalihan perdagangan global, Menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC). Adakah manfaat ini akan diterjemahkan kepada peningkatan imbangan dagangan negara?
Suspek kes bunuh isteri, dua anak disambung reman tujuh hari lagi
Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nur Syifa Mohd Hamzah di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini.
Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR buka lurang di Wisma Yakin
Anggota JBPM dan APM melakukan proses tersebut sekitar pukul 9.45 pagi, dengan jarak dari lokasi kejadian kira-kira 50 meter.
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Ketua PBB suarakan kebimbangan selepas Hezbollah, Israel berbalas serangan
Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung pertempuran sengit merentasi sempadan antara Israel dan Hezbollah.
Pasca ucapan Powell: Kesan kepada ringgit dan bursa
Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan membincangkan berkenaan kenyataan Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell yang menekankan bahawa sudah tiba masanya untuk dasar monetari diubah, dengan penekanan bahawa pemotongan kadar faedah mungkin akan bermula pada bulan September, bergantung kepada data ekonomi yang akan datang. Ini menimbulkan persoalan mengenai kesan kepada nilai Ringgit dan prestasi FBMKLCI. Adakah kenyataan terbaru ini akan menguntungkan Malaysia?
Penahanan pengasas Telegram Durov di Perancis dilanjut - Laporan
Tempoh awal soal siasat berpotensi berlanjutan sehingga 96 jam.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai tugas menasihati Agong - Anthony Loke
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai menjalankan tugas menasihati serta mempersembahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.
'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Pas rela dituduh demikian daripada menjadi 'pelacur politik dan kuasa' kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.
10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik
Perarakan seumpama itu jarang berlaku di Rusia, sekali gus menyaksikan keretakan dalam pimpinan Putin yang semakin dikecam.
Ahmad Faizal kekal Ketua Bersatu Bahagian Tambun, menang tanpa bertanding
Bersatu Perak mempunyak 277 Cawangan daripada 24 Bahagian yang melibatkan keahlian kira-kira 28,548 orang.
Kerajaan sedar naratif politik semasa - Dr Wan Azizah
Kerajaan sedar mengenai naratif politik semasa di mana rakyat mengharapkan sesuatu yang luar biasa dilakukan dalam memenuhi harapan masyarakat.
Pentadbir kena neutral, kesetiaan 'berbelah bagi' tidak menyumbang pada pentadbiran negara
Para pentadbir harus bersikap neutral dan patuh kepada kerajaan semasa yang dipilih rakyat walaupun mempunyai pendirian politik tersendiri bagi memastikan pentadbiran negara baik, kata Perdana Menteri
Muhyiddin nafi ada sengketa dengan Dr Mahathir
Mesyuarat khas tergempar yang diadakan Dr Mahathir baru-baru ini hanya untuk mendengar perbezaan pendapat susulan isu pelantikan Exco Johor yang baharu.
PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P) 186 Sandakan.
Fitnah, berita palsu marak menjelang Pemilu 2019
Perkembangan pesat komunikasi siber mengundang masalah besar buat seluruh dunia lebih-lebih lagi pada negara yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 269 juta seperti Indonesia.
PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang
Ilham Centre menjangkakan Mohamad akan mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan peralihan undi daripada PH kepada BN sebanyak 24.5 peratus.