Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan tindakan kumpulan yang melaksanakan Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu adalah bermotifkan peribadi dan tidak mewakili rakyat.
Bagaimanapun, Najib tidak menjelaskan secara terperinci kenyataan berhubung agenda bermotifkan peribadi.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata sebagai contoh lebih daripada separuh penduduk Sarawak tidak menyokong deklarasi tersebut.
"Deklarasi yang dikatakan deklarasi rakyat itu bukanlah deklarasi rakyat. Ia bukan dibuat oleh rakyat. Lebih separuh rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan deklarasi tersebut.
"Itu bukan deklarasi rakyat kerana itu bukan agenda rakyat tapi agenda peribadi. Jadi jangan tipu rakyat," kata Najib pada Majlis Pelancaran Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Tebingan Kuching hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah antara 50 orang yang menandatangani deklarasi itu yang menyokong penyingkiran Najib, diketuai Tun Dr Mahathir, bekas perdana menteri.
Beliau mengulas mengenai tindakan dua pemimpin itu yang 'bersepakat' dengan pembangkang menandatangani 'Deklarasi Rakyat' yang ditandatangani bersama-sama 58 pemimpin veteran dan wakil-wakil NGO di negara ini.
Turut memberi sokongan adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Katanya, dalam dunia maya terutama menerusi media sosial, pelbagai informasi di sebarkan dan mudah akses.
Justeru, katanya rakyat harus menilai sesuatu maklumat itu dan tidak menerima secara terbuka.
"Dalam internet ini ada kebenaran, ilmu, cerita yang direka, ada yang benar, ada yang palsu dan ada yang separuh benar," katanya.
Katanya, dalam dunia maya terutama menerusi media sosial, pelbagai informasi di sebarkan dan mudah akses.
Justeru, katanya rakyat harus menilai sesuatu maklumat itu dan tidak menerima secara terbuka.
"Dalam internet ini ada kebenaran, ilmu, cerita yang direka, ada yang benar, ada yang palsu dan ada yang separuh benar," katanya.
Harits Asyraf Hasnan, Noraida Abdul Kassim
Sat Mar 12 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada majlis pelancaran Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Tebingan Kuching hari ini. - Gambar Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Bawa masuk FDI bukan macam pergi pasar
Selepas pelbagai angka memberangsangkan mengenai FDI, masih ada pihak yang begitu emosional dan tetap konsisten mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Serah kuasa PM: Otai Reformis jangan ugut Dr Mahathir - Khairuddin
Kumpulan Otai Reformis diingatkan tidak mengugut Tun Dr Mahathir Mohamad dalam dalam isu penyerahan kuasa Perdana Menteri .

TMJ jangan cakap isu yang tidak difahaminya - Khairuddin
Khairuddin berkata, TMJ adalah seorang anak muda yang masih mentah dalam pengalaman politik.

Akuan bersumpah palsu, Chegubard buat laporan kepada SKMM
Laporan berhubung penyebaran akuan bersumpah palsu oleh beberapa laman facebook pro-'Deklarasi Mahathir.'

Tun M gangguan atau bantuan kepada Pakatan Harapan?
Pada 23 Mei, Khairuddin Abu Hassan dalam satu ceramah Parti Amanah Negara (PAN) di Dewan Seri Sekinchan mengumumkan Tun Dr Mahathir akan berkempen untuk calon Pakatan Harapan.

Pemalsuan SD: 'SAMM akan buat laporan polis' - Chegu Bard
Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin ia akan membuka kepada siasatan oleh forensik polis mengenai SD berkenaan.

Dr Mahathir nafi majoriti tandatangan Deklarasi Rakyat adalah palsu
Menurut Dr Mahathir, lebih 300,000 tandatangan yang mempunyai unsur penipuan telah dikeluarkan daripada senarai deklarasi.

Tak kisah parti mana, asal sokong Deklarasi Rakyat - Dr Mahathir
Ditanya sama ada beliau akan turun berkempen bagi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Tun Mahathir berkata, beliau akan cuba.

Deklarasi Rakyat: 'Ratu Naga' sumpah laknat tidak kenal Azharuddin
Syarul Ema Rena Abu Samah yang turut dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga' di alam maya, hari ini, membuat sumpah laknat bahawa beliau tidak kenal pengaturcara komputer bebas bernama Azharuddin Othman.

Wan Azizah, Nurul Izzah sifatkan surat Anwar hal dalaman PKR
Wan Azizah enggan mengulas lanjut surat yang secara keras menentang Deklarasi Rakyat.