"Walaupun tanpa dorongan dan sokongan parti saya yakin dengan niat murni saya, tuhan akan membantu saya," kata calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.
Menurutnya, niat sebenar beliau untuk bertanding dalam PRK Semenyih adalah untuk membantu rakyat
Baginya perjuangannya dalam pilihan raya kali ini sangat berbeza kerana ini merupakan satu flatform terbaik buatnya untuk mengutarakan lagi dan memperlihatkan kepada kerajaan sedia ada mengenai realiti hidup sebenar masyarakat yang masih lagi susah.
Selain itu, Chee Heng juga berpandangan, berkempan tidak seharusnya terhad semasa waktu kempen sahaja, malah perlu diteruskan apabila sudah berjaya diberi mandat oleh rakyat yang mengundi.
BACA: Aiman pencabar paling sukar saya - Uncle Kentang
BACA: 'Saya sudah menang di hati rakyat Semenyih' - Uncle Kentang
“Kempen untuk rakyat bukan hanya semasa pilihan raya sahaja, tetapi kempen untuk rakyat adalah selepas 3 Mac sehingga lima tahun akan datang,” katanya dalam Forum Semenyih Pasca PRK: Janji Untuk Rakyat.
Chee Heng turut memberitahu, menang atau kalah beliau tetap akan membantu rakyat dan meneruskan perjuangannya selama ini.
Beliau juga sempat berpesan, pilihan raya adalah masa untuk rakyat mengubah nasib mereka dan bukannya mengubah nasib mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya tersebut.
Asyraf Roslan
Wed Feb 27 2019
Bagi Kuan Chee Heng, platform ini adalah untuknya membantu masyarakat yang bermasalah - Gambar Twitter @SinarHarian
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Dengan niat murni saya, tuhan akan bantu - Uncle Kentang
"Walaupun tanpa dorongan dan sokongan parti saya yakin dengan niat murni saya, tuhan akan membantu saya," kata calon bebas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Semenyih, Kuan Chee Heng.