Kerajaan perlu lebih prihatin terhadap masalah dan rintihan golongan muda jika mahu menarik lebih ramai pengundi muda memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Wakil UMNO Melaka Mustafa Musa berkata masalah yang sering dihadapi golongan muda seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, isu perumahan dan pendidikan hendaklah segera diatasi oleh kerajaan BN.
"Bagaimana anak muda mahu menyokong BN kalau kehidupan mereka tersepit dan terhimpit," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini hari ini.
Ketua Puteri UMNO Bahagian Kepong Hazrene Begum Mohd Husin pula menegaskan jentera siber parti mesti menguasai dan menggunakan sepenuhya internet dan media sosial bagi memudahkan interaksi bersama golongan pengundi muda negara.
Katanya golongan muda begitu akrab dengan gajet dan media sosial untuk berkomunikasi berbanding televisyen untuk mendengar berita rasmi daripada kerajaan.
"Jentera siber kita perlu betul-betul padu dan bersiap-sedia... mesti menguasai internet dan media sosial kerana itulah medan utama pengundi muda," katanya.
Selain itu, katanya jentera UMNO perlu bijak menterjemah aspirasi golongan muda untuk menarik perhatian mereka kerana kecenderungan golongan itu bukan bersifat ideologi tetapi lebih kepada isu-isu yang dekat dengan diri mereka.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Shahaniza Shamsuddin pula menggesa supaya penyelarasan berpusat di peringkat kerajaan dan parti diwujudkan bagi menyalurkan maklumat dan menjawab fitnah pembangkang menerusi media baharu secara pantas.
"Dana secukupnya dari segi peralatan, pengurusan, latihan dan guna tenaga perlu diberikan. Perlu ada mereka yang bertugas 24 jam sehari secara bergilir-gilir di peringkat pusat yang menyebarkan maklumat serta lebih agresif 'menyerang' (tohmahan) pembangkang," katanya.
Beliau juga mahu publisiti media digerakkan dengan menonjolkan kepimpinan Pemuda dan Puteri bagi menarik minat generasi muda untuk bersama UMNO, termasuk mahasiswa di dalam dan luar negara.
"Tetapi jangan pula apabila mereka pulang ke bahagian atau cawangan, mereka ini dilihat sebagai ancaman dan akhirnya dicantas sebelum berputik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2016

Bagaimana anak muda mahu menyokong BN kalau kehidupan mereka tersepit dan terhimpit? - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4150/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup semalam.