Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) pada Ahad melahirkan rasa terkilan dengan tindakan PKR menerima keahlian wakil rakyatnya yang menyertai parti itu dan tidak menghormati hubungan sesama rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tindakan PKR itu jelas bertentangan dengan dasar dipegang PAS dalam PR yang tidak akan menerima keahlian parti rakan sesama pakatan.
"Sikap PAS apabila berada di dalam Pakatan Rakyat adalah kita menghormati hubungan sesama kawan dalam pakatan dan tidak akan menerima keahlian wakil rakyat parti kawan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja DPPM keempat di ibu pejabat PAS Pusat di sini.
Jumaat lepas, anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib memgumumkan mereka keluar daripada PAS dan sah menyertai PKR.
Nik Mohamad Abduh yang juga anggota Parlimen Pasir Mas berkata Kamaruddin mungkin mempunyai pandangan tersendiri mengapa beliau menyertai PKR dan tidak melompat ke Parti Amanah Rakyat namun yang pasti Kamaruddin tidak terlepas daripada sumpah bai'ah yang ditanggung semua wakil rakyat PAS.
"Wakil rakyat PAS yang telah melompat parti tetap akan menanggung bebanan yang sama dalam sumpah bai'ah yang telah dilafazkan," katanya.
Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh berkata parti itu sedia menerima keahlian mana-mana anggota DAP yang ingin menyertai PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu telah putus.
"Kalau ada ahli DAP yang mahu menyertai PAS kita (ucap) 'ahlan wasahlan' (selamat datang). Baru-baru ini juga ada kes di mana bekas naib pengerusi I DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad, menyertai PAS dan kita terima beliau selepas kita putus hubungan dengan DAP," katanya.
Bernama
Sun Sep 13 2015

NIK ABDUH: Wakil rakyat PAS yang telah melompat parti tetap akan menanggung bebanan yang sama dalam sumpah bai'ah yang telah dilafazkan.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.

UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.

'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.

Mana-mana wakil rakyat UMNO tinggalkan parti, akan dituntut RM100 juta
Tuntutan itu merupakan tindakan undang-undang yang ditetapkan sekiranya ada mana-mana wakil rakyat yang cuba melakukan perbuatan sedemikian.

Ahmad Zahid yakin tiada ahli Parlimen BN alih sokongan
Tiada keperluan ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan terhadap pembangkang meskipun mereka mempunyai alasan politik tersendiri.

6 MP Bersatu nyata pendirian dalam sidang akhbar esok
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka dijadualkan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad.

Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.

'Siapa berani lompat, silakan' - Sanusi
Muhammad Sanusi mencabar mana-mana wakil rakyat pembangkang yang berhasrat untuk beralih arah dan berada sebaris dengan kepimpinan blok kerajaan.

'Katak-katak politik tetap melompat, guna istilah lain' - Dr Akmal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.

Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam.