Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)) Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pakatan pembangkang sukar untuk menewaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 kelak.
Bekas perdana menteri yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 berkata tanpa sebuah parti pembangkang yang kuat, termasuk kesepakatan pembangkang yang menyeluruh pada masa ini, usaha menandingi UMNO dan BN yang terdiri daripada 13 parti komponen mewakili pelbagai kaum di seluruh negara adalah sukar.
"Kalau nak menang kita mesti ada pakatan kita juga. Sebab itu kita buat Pakatan Harapan," katanya dalam sesi siaran langsung melalui akaun Facebooknya hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan pengguna Facebook berkaitan keputusan PPBM memilih mengadakan hubungan dengan DAP dan PKR -- dua buah parti politik yang menjadi seteru hebat beliau ketika menerajui UMNO dan BN.
Disoal mengapa PPBM tidak bekerjasama dengan PAS, Dr Mahathir berkata PPBM dan rakan-rakan politik termasuk PKR dan DAP telah berkali-kali memujuk PAS untuk menjalin kerjasama, namun PAS enggan dan berterusan menolak tawaran mereka.
Beliau mendakwa PAS sejak akhir-akhir ini dilihat lebih mengutamakan hubungan bersama UMNO, sehinggakan sanggup menolak dan menamatkan hubungan bersama rakan-rakan pembangkang lain, hingga merencatkan usaha PPBM untuk mewujudkan pakatan pembangkang tunggal di negara ini.
"Sehingga kita lewatkan penubuhan Pakatan Harapan kerana mahu mendapat persetujuan PAS, tetapi PAS lebih utamakan hubungan dengan UMNO," katanya.
Dr Mahathir juga meragui bagaimana PAS boleh bekerjasama dengan UMNO sedangkan sejarah politik negara menyaksikan PAS pernah melabel UMNO sebagai parti kafir apabila menjalin kerjasama dengan parti-parti politik bukan Melayu dan Islam seperti MCA dan Gerakan.
Sesi temu bual itu berlangsung selama 30 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017
Dr Mahathir mendakwa PAS sejak akhir-akhir ini dilihat lebih mengutamakan hubungan bersama UMNO, sehinggakan sanggup menolak dan menamatkan hubungan bersama rakan-rakan pembangkang lain. - Gambar fail
Dua nelayan cedera bot meletup, terbakar
Ketika kejadian berlaku, mangsa sedang bersiap sedia melakukan persiapan untuk ke laut menangkap ikan.
Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.
AWANI Pagi: Belanjawan 2025 - Gaji Premium, Magnet Pilih Aliran TVET?
Ikuti siaran luar bersempena pembentangan Belanjawan 2025, langsung dari German-Malaysia Institute (GMI) bersama tetamu Dr. Mohd Faizal Tokeran, Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara dan Azizullah Mohd Rapini, Pengarah Pembangunan Perniagaan Fester Automation Sdn. Bhd & Alumni GMI membincangkan mengenai tawaran gaji premium yang dinikmati graduan TVET menjadi magnet untuk mengembangkan aliran itu seterusnya melahirkan modal insan dimahukan negara.
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS, peniaga nantikan Belanjawan 2025
Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS berikutan peniaga menjangka mata wang tempatan akan diniagakan mendatar selain memberi tumpuan kepada sasaran defisit fiskal.
Anggota One Direction 'amat terkejut dan sedih' dengan kematian Liam Payne
Harry Styles, Louis Tomlinson, Zayn Malik dan Niall Horan keluar kenyataan bersama selepas pemergian rakan mereka dalam band One Direction.
Presiden Emmanuel Macron sifatkan kematian Yahya Sinwar sebagai 'turning point'
Presiden Emmanuel Macron menyifatkan kematian pemimpin Hamas, Yahya Sinwar sebagai titik perubahan (turning point) pembebasan tebusan.
Impak kematian Yahya Sinwar kepada perang Israel-Palestin
Bersama di talian, Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Kehormat MyCare, untuk analisis lanjut perkembangan terkini dalam konflik Israel-Palestin.
Keganasan di Gaza tingkat tahap kebuluran - Laporan
Operasi ketenteraan Israel yang sengit menambah kebimbangan dan menghalang akses kemanusiaan.
AWANI Pagi: Belanjawan 2025: Cabaran Perkasa Institusi TVET Negara
Sempena Belanjawan 2025 yang dibentangkan hari ini, ikuti diskusi 7:30 pagi dalam siaran luar dari German-Malaysia Institute (GMI) bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Solihin Mohamed Yusoff membincangkan mengenai cabaran, halangan dan bergerak ke hadapan dalam memperkasa institusi TVET negara.
Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah berhempas pulas ke suku akhir
Mereka seterusnya akan bertemu beregu pilihan keempat dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, bagi penentuan ke separuh akhir hari ini.
Jawatankuasa MIC Perak baharu bakal jana transformasi politik, pembangunan - Ramasamy
Ramasamy turut komited dalam menawan kepercayaan masyarakat terhadap parti itu serta Barisan Nasional.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
[TIDAK RASMI] BN menang di PRK Mahkota
Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh kedudukan selesa mengatasi pencabarnya dari PN.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
PRK Mahkota: Pilih wakil rakyat selari kerajaan bawa kelebihan kepada pengundi - Ahmad
Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK DUN Mahkota: Tengku Zafrul optimis undi awal berpihak kepada BN
Tengku Zafrul berkata, BN meletakkan calon yang berkualiti, berkredibiliti dan berpengalaman berkhidmat di DUN Mahkota.