Beliau membayangkan Khairy merupakan calon yang layak memegang jawatan tersebut berikutan keadaan UMNO kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti.
"Saya rasa Khairy calon terbaik... (jawatan) Presiden UMNO ialah Khairy Jamaluddin," katanya tanpa mengulas lanjut pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan (PH) Kedah di Seri Mentaloon di sini hari ini.Turut hadir Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi PH negeri Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pimpinan PH negeri.
Pada 22 Mei lepas, Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan semua jawatan yang ada mengikut perlembagaan UMNO adalah terbuka dan bebas untuk dipertandingkan.
Ia termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ketua sayap pada pemilihan parti yang dijadualkan hujung bulan ini.
Ia termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ketua sayap pada pemilihan parti yang dijadualkan hujung bulan ini.
Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, UMNO mengalami kekalahan teruk dengan Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya kehilangan kuasa di peringkat pusat selepas enam dekad mentadbir negara.