Kerusi Parlimen Paya Besar menyaksikan pertembungan dua pemimpin Pemuda selepas dinamakan sebagai calon kawasan itu bagi mewakili parti masing-masing dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hari ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah, 38 tahun, yang mewakili Barisan Nasional (BN) akan dicabar oleh Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 32 tahun, yang mewakili PKR.
Selain itu, turut bertanding untuk kerusi Parlimen Paya Besar adalah Setiausaha Pas Paya Besar, Mohamad Azhar Mohd Noor, 66 tahun, yang akan mewakili Pas.
Dalam pada itu, Mohd Shahar berkata, walaupun beliau dianggap sebagai calon muda, namun tidak bererti dia hanya membawa suara orang muda sahaja.
"Di Paya Besar kita ada pengundi yang datang daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat, yang penting adalah kemampuan untuk bawa suara ke yang lebih tinggi. Kita juga tidak memandang mudah dua lagi calon tetapi yang lebih penting adalah tawaran yang akan diberikan BN.
"Saya yakin pengundi berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh penyandang terdahulu iaitu, Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail," katanya ketika ditemui selepas penamaan calon bagi Parlimen Paya Besar dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibawahnya di Dewan SUKPA di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Ashraf Mustaqim yang juga bekas wartawan sebuah portal berkata, beliau akan mengumumkan manifesto sendiri untuk Parlimen Paya Besar dalam menarik pengundi memilihnya sebagai wakil rakyat.
"Kita mahu fokus kepada golongan warga emas sampai ke golongan muda. Kita tahun 60 peratus pengundi di Paya Besar di bawah 40 tahun, jadi saya mahu memperkasakan golongan ini tanpa mengenetepikan golongan lain," katanya.
Sementara itu, bagi kerusi DUN Sungai Lembing, penyandang kerusi berkenaan, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, 61, daripada BN bakal dicabar calon Pas, Mohamad Hazmi Dibok, 41 tahun, dan calon PKR, Datuk Fauzi Abdul Rahman, 72 tahun.
DUN Lepar pula akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara Abdul Rahmad Muda, 53 tahun, yang mewakili BN akan bertemu Mohd Nor Hisyam Muhammad (PAS), 33 tahun, dan Nur Addin Ibrahim (PKR), 33 tahun.
Selain itu, DUN Panching pula menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu antara penyandang dari BN, Datuk Mohd Zaili Besar, 52 tahun, dengan calon PAS, Mohd Tarmizi Yahaya, 43 tahun, Kamarzaman Mohamed Yunus (PKR), 62 tahun dan Ben Zin Dagok (Bebas), 57 tahun.
Noraniza Kamsani
Sat Apr 28 2018
Kerusi Parlimen Paya Besar menyaksikan pertembungan dua pemimpin Pemuda UMNO dan PKR, selain calon Pas. - Astro AWANI / Noraniza Kamsani
Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.
Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol.
SK Kerupang Juara Teater Hikayat Kebangsaan 2024
Sekolah Kebangsaan (SK) Kerupang dari Wilayah Persekutuan Labuan berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Teater Hikayat Peringkat Kebangsaan 2024 yang dianjurkan oleh Astro Ceria.
Jika benar harga melampau, laporkan kepada KPDN segera- Armizan
Menteri KPDN memberitahu dakwaan harga ayam mencecah RM16 sekilogram adalah tidak munasabah, jika benar laporkan segera agar siasatan dapat dilakukan.
Rakyat bijak menilai prestasi GRS - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali meminta rakyat di negeri itu agar tidak terpengaruh dengan anasir negatif yang dimainkan pihak tertentu menjelang pilihan raya negeri akan datang.
LTAK baharu di Tanjong Embang
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Ahad mendedahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu akan dibangunkan di kawasan Tanjong Embang, Asajaya.
Grid Kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga
Penubuhan Grid Kuasa Borneo diterajui Sarawak lonjak kedudukan negeri itu sebagai hab tenaga termasuk hab hidrogen di rantau Asia.
Mukah, Kuching dan Saratok dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dilanda banjir kilat.
Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.
RM10 juta dianggarkan baiki infrastruktur Pitas
RM10 juta dianggarkan bagi membaiki infrastruktur di daerah Pitas yang rosak akibat banjir.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.