Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mengesahkan empat borang pencalonan telah dibeli beberapa individu menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, pada 10 Mac ini.
Pengarahnya Mohamad Mahmud berkata jumlah itu dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari sebelum Selasa depan.
"Berdasarkan rekod PRK di Kelantan sebelum ini, jumlah borang yang dibeli individu yang ingin bertanding adalah sehingga 20 borang pencalonan," katanya pada Khamis.
Mohamad berkata PRK DUN Pengkalan Kubor September tahun lepas menyaksikan sejumlah 20 borang pencalonan dibeli dan ia menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan seorang calon Bebas.
Sementara itu, Naib Yang Dipertua (YDP) Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan, Sharif Mahmood, 59, berkata beliau membeli satu borang bagi membolehkan beliau bertanding dalam PRK DUN Chempaka sebagai calon Bebas.
"Saya mengambil keputusan menawarkan diri untuk bertanding bagi menyuburkan sistem demokrasi di negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sharif berkata keputusan untuk bertanding bagi memberi pilihan kepada rakyat di DUN Chempaka memilih calon terbaik.
"Saya melihat banyak lagi yang perlu dibangunkan di DUN Chempaka. Jika ada calon yang mesra dengan kerajaan pusat saya yakin usaha itu lebih lancar dan rakyat juga yang akan mendapat manfaatnya," katanya.
SPR menetapkan PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon pada 10 Mac.
Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Mursyidul Am PAS itu menang dengan majoriti 6,500 undi menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak.
Bernama
Fri Mar 06 2015
SPR: Empat borang pencalonan PRK DUN Chempaka dibeli - Gambar fail
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing untuk tangani isu gaji - Amir Hamzah
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat.
Syarikat pelaburan MTDC, 3REN Berhad disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia
Pencapaian besar yang menunjukkan potensi syarikat teknologi Malaysia untuk berkembang dan bersaing di pentas global.
Bayaran akhir disalur secara berperingkat bermula Khamis
Kerajaan akan menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara berperingkat bermula esok kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Program akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.
NIMP 2030 beri penekanan aspek pembangunan kemahiran
Beberapa langkah sedang diambil oleh kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan TVET di Sabahtermasuk membantu pembangunan bakat.
Kerajaan tarik pelabur industri pembuatan berteknologi tinggi ke Sabah
Kerajaan akan memanfaatkan kekuatan dan keupayaan tempatan di Sabah untuk menarik pelabur dalam sektor industri pembuatan berteknologi tinggi yang berfokuskan kepada aktiviti pembuatan hiliran
Kes buli UPNM: Keputusan siasatan dimuktamadkan Jumaat ini - Menteri
Hasil siasatan berhubung kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dimuktamadkan pada Jumaat ini.
Masih ada MP degil merokok dalam bangunan Parlimen
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mendakwa, masih terdapat ahli Parlimen yang tidak menghormati peraturan ditetapkan dengan merokok dalam bangunan Parlimen walaupun larangan telah dikeluarkan.
PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.
Persatuan teksi setuju kerajaan haram kenderaan NGV, yakin dapat subsidi petrol khas
Gabungan Teksi Malaysia (GTM) menyokong keputusan kerajaan untuk mengharamkan kenderaan gas asli (NGV) berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Adakah Nik Omar 'game changer' politik Kelantan?
Gelombang atau tidak, semuanya terserah kepada tangan 1.05 juta pengundi di Kelantan, untuk terjemah suara dan hasrat mereka ke kertas undi.
Kenyataan melampau terhadap Nik Omar adalah tindakan keterlaluan - Tuan Ibrahim
Pas tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana individu yang bukan pemimpin utama parti.
Adakah haruman Chempaka bakal berubah?
Cerapan rakan strategik Data Raya Astro AWANI, Berkshire Media Sdn Bhd mengenai langkah 'mengejut' anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
Anak Allahyarham Nik Aziz buat kejutan di DUN Chempaka
Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Muhammed Omar membuat kejutan di hari penamaan calon apabila muncul menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding.
PRK Chempaka: Ahmad Fathan harap dapat galas tanggungjawab dengan baik
Bendahari PAS kawasan Pengkalan Chepa berjaya tewaskan empat calon Bebas dengan majoriti 10,090 undi.
PAS pertahankan kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 10,092 undi
Pengumuman kemenangan calon PAS tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus PRK Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris, kira-kira jam 9 malam tadi.
PRK DUN Chempaka: 55 peratus keluar mengundi - SPR
SPR menganggarkan sejumlah 55 peratus daripada 21,890 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
PRK DUN Chempaka: Pusat mengundi ditutup, keputusan dijangka 9.30 malam
Sembilan pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ditutup 5 petang ini.
Calon PAS dicabar empat calon Bebas di PRK DUN Chempaka
PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.
Ahmad Fathan Mahmood calon PAS PRK DUN Chempaka
Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, calon parti PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac depan.