Catatan terbaharu di blog Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengeluarkan ungkapan kesat kepada UMNO membuktikan beliau menulis lebih menggunakan emosi daripada profesionalisme seorang bekas Menteri Penerangan.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifa berkata, hujah Zainuddin juga jelas tidak menunjukkan kefahamannya mengenai institusi UMNO.
"Jika Zainuddin terlupa atau terlepas pandangan kerana faktor umur izinkan saya selaku pemimpin muda untuk mengingatkannya. Inikah cara penulisan bekas Menteri Penerangan merangkap bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia?
"UMNO merupakan sebuah institusi politik yang mengamalkan demokrasi dalam menentukan kepimpinan. Pemilihan dan pertukaran Presiden UMNO harus dibuat mengikut proses demokrasi dan bukannya mengikut kehendak atau telunjuk," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Jelas Armand, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberi mandat menerajui parti secara demokratik dalam Pemilihan Agung UMNO 2013 yang melibatkan kira-kira 146,000 anggota di peringkat bahagian berbanding hanya lebih 2,000 perwakilan sebelum ini.
"Hak untuk menukar Presiden UMNO harus diberikan kepada majoriti anggota UMNO. Datuk Seri Najib sebagai presiden begitu terbuka untuk memberikan kepuasan kepada ahli parti untuk memilih pemimpin, jadi jangan disebut yang mengatakan presiden mengongkong ahli parti.
"Jadi Zainuddin seharusnya tahu konsep demokrasi di dalam UMNO. Biarlah akar umbi UMNO yang menentukan hala tuju UMNO.
"Jadi ungkapan kesatnya terhadap UMNO ini bagi saya sebagai pemimpin muda dilihat lebih pada emosi dan meraih populariti supaya dia tidak dilupai dalam arena politik nasional.
"Saya yakin UMNO akan terus ke hadapan dengan pemikiran kemenangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," jelasnya.
Tambahnya, pihak lawan sedia tahu kekuatan UMNO adalah jentera akar umbi di seluruh negara yang sentiasa bersiap siaga untuk berkhidmat.
"Satu lagi kekuatan UMNO berbanding pihak lawan secara konsisten adalah politik khidmat bakti yang berterusan di akar umbi, ini merupakan ketakutan pada pihak lawan UMNO.
"Bagi saya UMNO akan terus ke hadapan dan akan terus perkukuhkan saf dan barisan tanpa ambil peduli penulisan bekas menteri yang bernama Zainuddin Maidin," tegasnya.
Zainuddin memuat naik satu catatan di blognya, www.zamkata.blogspot.my pada Ahad menyatakan parti orang Melayu ini sudah 'lesu' dan 'tidak bermaya'.
Astro Awani
Mon Feb 13 2017

ARMAND: Catatan di blog Zainuddin yang mengeluarkan ungkapan kesat kepada UMNO membuktikannya menulis lebih menggunakan emosi. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Faktor umur mungkin buat Zainuddin Maidin terlupa demokrasi UMNO - Armand
Catatan di blog Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengeluarkan ungkapan kesat kepada UMNO membuktikannya menulis lebih menggunakan emosi daripada profesionalisme seorang bekas Menteri Penerangan.