Fasa terakhir proses pemilihan PKR peringkat Selangor yang mempunyai keanggotaan paling ramai disahkan layak mengundi iaitu 249,850 orang, berlangsung hari ini di enam daripada 22 cabang di negeri ini
Enam cabang berkenaan adalah Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat yang mempunyai lebih 61,000 anggota layak mengundi.
Tanjong Karang mempunyai 3,418 anggota, Kuala Selangor (17,737), Ampang (12,626), Pandan (7,017), Shah Alam (9,309) dan Hulu Langat (11,858).
Proses pengundian menggunakan kaedah e-undi itu dijangka bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir 5 petang.
Tumpuan fasa terakhir hari ini sudah pasti kepada persaingan merebut jawatan timbalan presiden antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli, kerana Selangor dikatakan 'kubu kuat' bagi Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.
Pada dua fasa pemilihan membabitkan 16 cabang sebelum ini, Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor mendahului dengan undian terkumpul sebanyak 14,315 undi sementara Mohd Rafizi memperoleh 12,948 undi.
Mohamed Azmin mendapat sokongan daripada 10 cabang iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Serdang, Subang, Kota Raja, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Petaling Jaya (PJ) Utara dan PJ Selatan sementara Mohd Rafizi memperoleh sokongan daripada enam cabang iaitu Hulu Selangor, Kelana Jaya, Kapar, Klang, Puchong dan Selayang.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Rashid Din berkata, turut menjadi tumpuan pada hari ini adalah pemilihan di cabang Ampang dan Pandan, di mana 'orang kuat' Mohamed Azmin iaitu Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin telah menang tanpa bertanding jawatan ketua cabang Ampang.
Cabang Pandan pula menyaksikan saingan merebut jawatan ketua cabang melibatkan Mohd Rafizi dan tiga pencabarnya, yang mana seorang daripada mereka adalah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Mengenai isu undi 'hilang' dalam pemilihan di beberapa cabang di Melaka dan Negeri Sembilan sebelum ini, Rashid berkata pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya seperti memperkemas sistem e-undi itu bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada pemilihan hari ini.
"Jadi pengundi tidak perlu risau (mengenai undi 'hilang') sistem pengundian sangat telus, tiada isu kami (JPP) nak sebelahi mana-mana pihak," katanya kepada Bernama.
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata pakar teknologi maklumat mengesahkan 2,000 undi yang 'hilang' dalam Pemilihan PKR 2018 di beberapa cabang di Melaka dan Negeri Sembilan baru-baru ini disebabkan data tidak dapat disimpan secara 'cloud' kerana capaian internet yang lemah.
Rashid juga memberi jaminan bahawa isu kewujudan 'pengundi hantu' pada pemilihan di beberapa cabang di Selangor sebelum ini tidak akan berlaku hari ini.
"Sebenarnya tiada isu mengenai 'pengundi hantu', banyak orang tidak faham, kita ada sistem 'Borang 11' di mana sebelum anggota parti mengundi, mereka perlu isi borang 11. Kita tetap benarkan mereka mengundi tetapi kemudian kita buat saringan dengan rujuk borang 11 itu, jika dia bukan anggota parti kita 'buanglah undi dia masuk bakul sampah'.
"Mengenai dakwaan ada anggota tentera mengundi pada pemilihan sebelum ini pula, anggota tentera tidak boleh mengundi kerana dia tiada kad pengenalan 'civilian' dan untuk mengundi mereka kena ada kad pengenalan 'civilian' terlebih dahulu baru dibenarkan mengundi," katanya menambah petugas turut ditambah bagi mempercepat proses pengundian di setiap cabang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 28 2018
Rashid memberi jaminan bahawa isu kewujudan 'pengundi hantu' pada pemilihan di beberapa cabang di Selangor sebelum ini tidak akan berlaku hari ini. - Gambar fail
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
PRN Melaka: Lakukan kaedah e-undi, amalkan penjarakan fizikal - Pakar
Penjarakan fizikal adalah kaedah utama yang perlu diberi keutamaan semasa berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.
Parti politik perlu kerjasama bentuk kerajaan stabil sehingga PRU15 - Penganalisis
Parti politik perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri dan membentuk satu kerajaan yang stabil sebelum PRU15 boleh diadakan.
COVID-19: Tiba masanya SPR perkenal undi pos, e-undi
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ia memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.
Proses pemilihan PKR akan dikaji semula - Anwar
Ketua Umum PKR itu berkata, sistem manual (atas kertas) seperti sebelum ini adalah lebih baik.
Pemilihan PKR belum sampai penghujung - Wan Azizah
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan sebagai terlalu awal, pengumuman kemenangan oleh kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Pemilihan semula PKR: Rafizi menang besar di Pensiangan
Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan Mohd Rafizi menang dengan memperolehi 2,388 undi, berbanding Azmin yang mendapat 262 undi.
E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu
Suspek lelaki berbangsa Cina dan berusia 44 tahun itu ditangkap di Lapangan Terbang Sibu.
Fasa terakhir pemilihan PKR di Selangor hari ini
Enam cabang berkenaan adalah Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat yang mempunyai lebih 61,000 anggota layak mengundi.
Pemilihan PKR: Pakar IT sahkan 2,000 undi hilang akibat capaian internet lemah
Penjelasan itu menjawab dakwaan sesetengah pihak ibarat 'menuduh' jawatankuasa itu menyorokkan dan memanipulasi data undi.
Sistem e-undi PKR kekal - Saifuddin
PKR akan kekal dengan sistem undian dalam talian (e-undi) walaupun terdapat beberapa masalah teknikal timbul ketika pemilihan jawatankuasa parti yang sedang diadakan.