Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menolak pencalonan untuk mencabar Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau merasakan percalonan itu tidak membina keutuhan parti itu.
"Pencalonan saya untuk mencabar Hadi Awang sebagai Presiden merupakan satu kejutan. Dalam sejarah kepimpinan PAS, jawatan Presiden tidak pernah dipertandingkan khususnya di era Kepimpinan Ulamak.
"Saya melihat manisnya jika kita yang mendokong kepimpinan Ulamak, terus mengekalkan budaya tersebut. Dalam PAS jawatan bukanlah menjadi rebutan sebagaimana parti lain. Pertandingan berlaku hanyalah di atas sifat 'fastabiqul khairat'( berlumba melakukan kebaikan)," tambah beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kepimpinan Hadi Awang telah menunjukkan kejayaan dan prestasi yang sangat hebat.
"Kalau Kesatuan Ulamak Sedunia mengangkat beliau (Hadi) sebagai orang nombor dua di dunia, apakah wajar kita mencadangkan untuk menggantikan beliau? Saya bimbang kita memberi isyarat yang tidak baik kepada masyarakat luar.
"Walaupun atas nama memenuhi tuntutan demokrasi, namun kedudukan 'syura' lebih mulia dari demokrasi. Kalau syura adalah jalan terbaik, maka sewajarnyalah kepimpinan parti diselesaikan secara syura.
Beliau berkata berdasarkan pencalonan dari PAS Kawasan Kota Bharu, beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberi.
"Namun saya menolak pencalonan tersebut dan menyeru semua kawasan lain agar terus mendokong kepimpinan Hadi sebagai Presiden parti.
"Biarlah orang lain kata tak setuju dengan ayah kita, tapi jangan pula anak-anak kata begitu," tambah beliau.
Sebelum ini Tuan Ibrahim dicalonkan Pas Kawasan Kota Bharu untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas pada muktamar parti itu awal Jun ini.
Pengumuman pencalonan tersebut dibuat yang dipertuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu mesyuarat khas Isnin.
Mariah Ahmad
Tue Mar 10 2015
TUAN IBRAHIM :saya menolak pencalonan tersebut dan menyeru semua kawasan lain agar terus mendokong Kepimpinan Hadi sebagai Presiden parti. - Gambar fail
Malaysia perlu belajar cara Thailand tarik pelancong
Sasaran seramai 35.6 juta pelawat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah jumlah realitistik yang mampu dicapai.
Profesor Adjung Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Azlie Halim berpendapat, Malaysia patut menjadikan Thailand sebagai contoh kerana negara itu terbukti menarik lebih 35 juta pelancong pada 2024.
Profesor Adjung Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Azlie Halim berpendapat, Malaysia patut menjadikan Thailand sebagai contoh kerana negara itu terbukti menarik lebih 35 juta pelancong pada 2024.
Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan biodiesel B40
Malaysia menyokong komitmen Indonesia untuk meneruskan mandat biodiesel B40 pada 2025.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini disebabkan langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
10 Berita Pilihan - (7 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kg dadah
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah pada 28 Disember lepas.
Kes Puspakom: Enam pegawai pemeriksa kenderaan digantung tugas serta-merta
Enam pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat, digantung tugas serta-merta.
PM Anwar ucap takziah, turut bersolidariti bersama China
Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat China dalam menghadapi bencana tragis ini.
Tumpuan Rabu – 8 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Januari 2025.
PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera
Perdana Menteri hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua GLIC dan GLC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.