Beliau berkata demikian sebagai mengulas keadaan Dewan yang kosong ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membahaskan usul Titah Diraja ketika sesi petang Dewan Rakyat.
Khairy menyuarakan pendapatnya itu menerusi akaun Twitter yang dimuat naik pada petang Rabu.
“Saya difahamkan para Menteri ada mesyuarat Kabinet hari ini. Saya cadangkan kepada PM @chedetofficial supaya mesyuarat Jemaah Menteri diadakan pada hari Jumaat sewaktu Dewan bersidang untuk menghormati urusan Parlimen.
“Ini juga amalan kerajaan dahulu. Apabila Parlimen bersidang, mesyuarat Jemaah Menteri dibuat pada hari Jumaat (Parlimen tidak bersidang pada hari Jumaat). Bila parlimen tidak bersidang, Kabinet boleh bermesyuarat semula pada hari Rabu mengikut convention,” katanya.